Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 29 Jun 2013

Jika Daun Kelihatan Tak Bermaya...

Hari ni ada masa terluang sedikit untuk belek pokok.  Entah kenapa pokok cili yang diletak bersebelahan kelihatan amat berbeza.  Tanah yang diguna sama, waktu pembajaan sama dan tentu sekali waktu siraman juga sama. Satu pokok daunnya hijau subur, yang satu lagi kekuningan dan tidak bermaya. Ada bahagian permukaan kelihatan seperti tidak rata, ada lekuk-lekuk kecil.

Di permukaan atas kelihatan seperti tiada masalah.  Biasanya makhluk perosak bersaiz kecil menyorok di bahagian bawah.  Bila dibelek daun, nah inilah puncanya.  Rupa-rupanya ada kutu hitam. 

Untuk bunuh makhluk ni, saya picit aja bahagian yang dijangkiti sambil digerakkan ibu jari untuk membunuh makhluk tersebut.  Setiap daun yang dijangkiti saya ulangi dengan berbuat begitu.  Untuk pastikan tiada kutu hitam, saya sembur permukaan bawah daun dengan semburan larutan pencuci pinggan dan minyak masak.

Makhluk perosak menyerang bahagian bawah daun.

3 ulasan:

  1. letak baja taik ayam mcm tu je boleh ye en. iskandar..nak bgtau salad daun tajam saya dah tumbuh sihat..nanti dah besar sikit sy email gambar :) TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh. Tapi jangan letak yang fresh. Yang telah diproses aja.
      Alhamdulillah. Saya nantikan gambar tersebut.

      Padam
  2. Letih camtu klu nak picit satu2 en Is.. pokok cili mak sy byk kena kutu hitam tu.. :(

    BalasPadam