Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 9 Jun 2013

Jika Beli Semaian Dari Nurseri....

Pokok cili, terung, dan lain-lain sayur buah mengambil masa yang lama untuk mendatangkan hasil.Kadang-kadang ada yang ambil keputusan untuk beli sahaja semaian dan alih ke halaman rumah.  Saya pernah buat begini ketika baru belajar berkebun di rumah. 

Kelebihan Membeli Semaian:

1. Tidak perlu menjaga semaian ketika pokok masih kecil dan lemah.
2. Dapat tuai dalam masa yang singkat.

Namun begitu pilih pokok dengan teliti.

1. Pilih pokok yang belum berbuah atau berbunga kerana apabila di alih, pokok akan kena kejutan.  Pokok yang dah berbuah atau berbunga perlukan airyang banyak.  Jika kena kejutan, pokok tersebut tidak tahan dan akan mati.

2. Periksa pokok terutamanya di bawah daun. Pastikan tiada makhluk perosak.  Bena, lalat putih dan lain-lain serangga perosak boleh berjangkit ke halaman rumah melalui tanaman nurseri.

3. Periksa tanah.  Ulat kekek boleh merebak ke tanah halaman rumah dari tanah semaian dari nurseri.

4. Alih di sebelah petang untuk elakkan pokok melalui waktu tengahari di hari pertama pokok dialih.


4 ulasan:

  1. wahh macam tu cara pilih pokok dari nusery ye..
    patutlah selama ni saya asyik nak pilih pokok yg.dah berbuah je..bila tanam ditanah, biasanya pokok tu akan menjadi kering dan layu, kadang semua daun dan buah habis luruh, lama baru berputik dahan baru, lama lah tunggu.

    Terimakasih banyak2 tuan Is.Lain kali saya hanya perlu pilih pokok yg.nampak subur dan pucuk daun yg.dah cukup mantap bukan yg dah berbunga atau berbuah kan.Terimakasih.

    BalasPadam
  2. salam,

    nak tanya, macamana nk hapuskan ulat kekek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pendapat saya, cara terbaik ialah fahami tabiat makhluk ini. Misalnya, ulat ini adalah larva kekabuh. Jadi, satu cara untuk menghapuskan ulat ini ialah dengan megutip dan menghapuskan kekabuh sebelum ia sempat bertelur.

      Padam