Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 18 Jun 2013

Gambar Hari Ini -- Kobis Cina (Sayur Putih)

Kobis cina atau sayur putih adalah antara sayur yang cepat mendatangkan hasil.  Selepas disemai, pokok dialih apabila semaian mempunyai 2 set daun.  Selepas dialih, pokok akan melonjak pertumbuhannya.  Selepas 3 hingga 4 minggu pokok dah boleh dituai.

Jika diletakkan di depan rumah, pokok ini juga kelihatan cantik menghiasi halaman depan rumah.


2 ulasan:

  1. tolong tuan beri tahu saya apakah media semaian yg baik untuk sawi dan sayur2 yg berbenih kecil sbb sy belum pernah suksess lg menyemai sayur2an benih yg kecil2 mcm ni.. tq tuan

    BalasPadam
  2. Jika dah cuba berbagai tanah tak menjadi juga, dapatkan tanah lapisan atas di halaman rumah. Tanah topsoil kaya dengan humus yang mampu menyimpan air. Tapis tanah untuk dapatkan tanak seperti serbuk yang ringan. Sembur dengan air menggunakan botol yang ditebuk tudung dengan paku atau guna sprayer. Kemudian tabur benih. Pastikan tanah kekal lembap sehingga benih bercambah.

    BalasPadam