Bayam putih daun bulat yang disemai 3 minggu terdahulu kini membesar dengan cepat. Kalau ia membesar pada kadar ini, satu minggu agi sebahagian dari bayam tersebut akan dituai untuk memberi ruang kepada bayam yang masih "struggling" untuk membesar. Pokok ini walaupun disemai rapat tidak menunjukkan tanda-tanda terbantut. Sebahagian daripada cambahan yang lemah telah mati memberi ruang kepada cambahan yang kukuh untuk terus membesar. Sasaran saya ialah untuk tuai pada bulan puasa, tapi nampaknya saya akan tuai lebih awal, jadi petag ini saya akan semai benih dalam 3 kotak gabus lagi.
Kotak ini diletakkan di tempat panas iaitu bahagian depan rumah. ia mendapat sebahagian daripada cahaya pagi dan cahaya tengahari sepenuhnya tanpa terlindung. Pokok tidak dibaja kerana ketika menyemai, saya telah gaulkan lapisan bawah tanah dengan baja organik. Lapisan atas saya tabur tanah semaian (growmix) untuk memastikan ia sesuai untuk mencambahkan benih bayam. Pokok disemia terus, tidak dialih.
![]() |
Bayam Putih Daun Bulat |
En Is, biji benih saya dah sampai...terima kasih tau..
BalasPadamAlhamdulillah. Sama-sama.
Padamsaya punya still xsampai2.... agak2 berapa lama lg saya perlu tunggu???
BalasPadamSabar, jangkamasa dalam pos di luar kawalan saya. Jika kiriman tidak terima, saya akan ganti. Jangan risau.
PadamSalam en is...nak tya kalau sy tanam sawi boleh x guna kaedah macam tanam bayam ni...maksud sy lepas tabur dah x perlu dialihkan lagi.tq
BalasPadamDari pengalaman saya, sawi kalau tak alih lambat besar dan berserat. Elok dialih.
PadamEn Is, bayam ni one of the sayur yg sy sgt suka tanam sbb senang dan dah di recycle beberapa kali, I mean benih dari pokok tua yg tak termakan, just jatuh and naik sendiri. Masalahnya, belalang suka sangat pokok ni,ada cara tak unt halau belalang En Is?
BalasPadamSekarang memang musim belalang. Boleh cuba tutup dengan jaring halus atau serkup dengan botol plastik 5 liter yang dikerat.
Padam