Khamis, 27 Jun 2013

Awas Hujan Asid

Di waktu ini jerebu menutupi ruang udara persekitaran rumah kami.  Kalau ambil gambar, nampak cantik. Amat romantik seperti lokasi di tanah tinggi.  Malangnya jerebu bukannya bintil-bintil kabus tapi zarah-zarah asap yang terhasil dari pembakaran hutan, eksoz kenderaan dan serombong asap dari kilang.

Ramai yang gembira bila hujan turun kerana hujan akan menyapu zarah-zarah asap.  Bersih udara kata mereka.  Saya perhatikan, lepas hujan, langit cerah sekejap, selepas itu berebu semula.  Kemana perginya jerebu yang hilang selepas hujan?  Sebenarnya ia terlarut ke dalam air hujan mengasilkan ion yang tidak kurang bahaya untuk kesihatan.

"Ish ish ish, Iskandar ni, macam-macam aja.  Pandailah buka cerita." kata seorang rakan bila saya buka cerita hujan asid.

"Tak percaya? Tak ada masalah, tapi lihatlah beg kulit yang terkena rintik hujan tapi tak dibilas.  Rintik yang jatuh atas kepala terus diserap melalui kulit kepala.  Barangkali apa yang akan berlaku ya, sebab setiap kali terkena hujan kepala sakit seperti mahu pecah kepala?"

Beg kulit yang terkakis terkena rintik hujan di Lembah Kelang tetapi tidak dibilas.

Close-up kesan hujan asid terhadap beg kulit.

Buat sementara ni, saya harap rakan-rakan tidak dedahkan diri kepada hujan yang pasti lebih tinggi keasidannya.  Jika berkebun pastikan ada pelindung kepala.  Bimbang takut sambil seronok berkebun, hujan turun.

2 ulasan:

  1. tq for the info en. Iskandar, kita di kwasan yg sama nampaknyam di tempat saya paling tinggi IPU hari selasa 487 sebelum hujan turun

    BalasPadam
  2. Kalo tanaman terkena hujan asid adakah selamat utk makan en.is.

    BalasPadam