Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 10 Mei 2013

Tuaian Hari Ini -- Kobis

Tuaian Hari Ini -- Kobis

Tuaian hari ini ialah daun kobis.  Ada rakan bertanya, adakah saya tunggu kobis membentuk bola?  Kobis yang saya tanam adalah dari jenis tanah tinggi.  Jadi, ia tidak akan membentuk bola jika tanam di kawasan yang rendah yang panas seperti di depan rumah saya.  Untuk pengetahuan rakan-rakan suhu di kawasan rumah saya amat tinggi.  Biasanya, ketika saya berkebun di sebelah pagi, suhu mencecah 34.5 darjah Celsius.  Bayangkan di waktu tengahari.... sangat panas.
Jika saya inginkan kobis yang membentuk bola, saya perlu tnam jenis tanah rendah.  Benih tersebut ada dalam stok.  Ia dinamakan kobis semua musim.

Walaupun tidak tertutup, daun kobis segar enak dimakan.  Ia rangup dan meaty, iaitu seperti daging bila dimasak.  Sebahagian daripada tuaian ini telah dijadikan rencah dalam mee goreng.  Rasanya memang enak.

Adakah saya tuai semua?  Tidak. Saya hanya ambil sebahagian daripada daun.

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum tuan,
    berapa lama tanam kubis jenis ni,baru dapat tuai?
    sempat lagi ke tanam untuk hidangan syawal nanti.

    BalasPadam
  2. AsSalam...
    En.Is.. benih Labu Siam (English Gourd,Chayote) ade? Nk wat buddy Timun sy la..
    :( Dh dua kali tnm asyik kantoi dgn kekabuh timun aje...

    BalasPadam