Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 16 Mei 2013

Tanda-tanda Serangan Pada Pokok Sayur

Daun berlubang dengan diameter 1 hingga 2 cm, kekabuh kutu, kekabuh timun.

Pokok dimakan, habis. Mamalia, tikus, kambing, lembu, rusa.

Buah hilang, hilang dengan pasu atau bekas sekali.  Mamalia berkaki dua dengan tangan berjari lima.

Pokok tidak hilang, tapi buah yang ranum hilang.  Burung.

Pokok tidak hilang, sebahagian dari buah dimakan, selebihnya di buang ke tanah.  Tupai.

Pokok tidak hilang, pucuk dan buah dimakan.  Kera.

Daun dimakan dari sisi, tapi masih tinggal urat daun.  Ulat.

Pokok ditarik dari bawah.  Tikus mondok, ulat kekek.

Daun dimakan dari sisi, dengan lendir tertinggal.  Siput, lintah bulan.

Daun dimakan hingga berlubang besar.  Terdapat bintik hitam.  Ulat.

Daun dimakan dari sisi. Terdapat bintik hitam bujur dalam 2 hingga 5 mm. Belalang.

Daun tidak terusik.  Tiba-tiba pokok mati kerana akar dimakan.  Ulat kekek, ulat berengga (maggot) kobis.

Garis seperti parit kecil pada permukaan daun. Pelombong daun.

Daun melekit dengan debu putih.  Bena (Aphid).  Koya-koya (Mealy bug).


 


4 ulasan:

  1. Salam En. Is,

    Yang bagus tu mamalia berkaki dua dan berjari lima, he he! Saya alami daun yg seperti parit kecil tu. Macam mana nak buat ya?? Mohon nasihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perhatikan bawah daun. Jika masih ada boleh sembur atas perosak dengan larutan pencuci pinggan dan minyak masak. Biasanya serangan di waktu malam. Mungkin boleh buat pelindung guna botol plastik air mineeral saiz 5 L yang dikerat pangkalnya.

      Padam
  2. hm.. musuh ketat lynn is lintah bulan & siput..habis idea dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lynn.. guna racun siput je.. masalah selesai... selama ni saya cukup tension berkebun dek kerana siput.. bila tabur racun siput ni... huh... syioookkkk

      Padam