Tembikai atau di kampung saya dikenali sebagai “timun cina”
dipercayai berasal dari benua Afrika.
Tembikai tumbuh subur di kawasan tanah lom yang elok salirannya. Kini rupa tembikai ada berbagai. Ada isi kuning dan ada yang merah. Ada juga tembikai tanpa biji. Kebiasaannya tembikai berbentuk bulat dan
bujur. Pokok tembikai merayap, jadi ia perlukan
kawasan yang luas.
Menyemai
Semai dalam bekas semaian atau beg plastik 10 X 6 cm yang
digaulkan tanah dengan baja organik.
Nisbah 7:1. Boleh gunakan tanah
campur atau gromix yang tidak menakung air.
Rendamkan benih dalam air suam selama 2 hingga 8 jam. Semai 1 hingga 3 benih dalam satu bekas
semaian. Lembapkan tanah dan letakkan di
tempat teduh. Lazimnya percambahan
berlaku dalam masa 4 hari.
Penyediaan Tanah
Gemburkan tanah dan gaulkan dengan baja organik, misalnya
pellet tinja ayam. Biarkan selama
seminggu.
Mengalih
Alih cambahan selepas 2 minggu disemai atau apabila terdapat
2 set daun iaitu 1 set daun benih dan 1 set daun sebenar. Jika tanam jenis tanpa biji, selang selikan
dengan jenis ada biji, kerana jenis tanpa biji tidak mempunyai debunga. Bagaimanapun ini bergantung kepada
benih. Ada benih pokok tanpa benih yang
menghasilkan pokok jantan dan pokok betina.
Pokok jantan menghasilkan buah dengan isi berwarna putih dan mengandungi
benih dan pokok betina menghasilkan buah isi merah tanpa biji.
Menyiram
Siram setiap 5 hari dengan air yang banyak jika tiada hujan. Jika tanam dalam bekas, siram setiap hari. Berhenti menyiram apabila buah mula ranum.
Merumput
Merumput jika perlu atau 2 minggu sekali.
Pendebungaan
Jika tanam jenis tanpa tanpa biji, anda perlu lakukan secara
manual kerana putik bunga dari pokok betina tidak mempunyai debunga.
Membaja
Letakkan baja organik seminggu sebelum mengalih semaian dan
selepas 30 hari. Gunakan baja organik. Selepas 30 hari, jika ingin guna baja kimia,
gunakan baja NPKMg 12:12:17:2
Makhluk Perosak
Antara makhluk perosak yang sering menyerang pokok tembikai
termasuk bena dan kekabuh timun. Jika
keadaan lembap dan aliran udara kurang elok, pokok mungkin diserang kulat. Jika tanam di rumah gunakan semburan yang
dibincangkan dalam blog ini.
Menuai
Lazimnya buah dapat dituai antara 60 hingga 70 hari selepas
disemmai.
Salam, Encik Is ada ke benih tembikai? kalau ada, boleh juga suka2 nak mencuba :)
BalasPadamYa, benih tembikai ada dijual.
Padamassalam encik.....msih bole beli ya...
BalasPadamWaalaikum salam
PadamMasih ada stok Benih ni.
Assalam...Encik nak tny...haram tanaman brp ya?
BalasPadamWaalaikum salam.
PadamBenih satu pek RM5.
Anak pokok satu tray 100 anak pokok, RM200.
Satu tray 200 anak pokok, RM350.