Tanam Sendiri –
Tembikai Susu
Tembikai susu (Cucurbita
melo) sesuai ditanam di taman rumah jika mempunyai ruang yang lebih. Ia juga sesuai ditanam di beranda kerana
pokok ini memanjat. Ia boleh dilatih
untuk memanjat pancang yang dibuat khas menjadikan ia cantik sebagai hiasan.
Tembikai susu ditanam menggunakan benih.
Tanah/lokasi
Pilih kawasan yang terima cahaya pagi tapi di tengahari
berada di tempat teduh. Tembika susu
tidak tahan tanah terlalu berasid atau beralkali. pH yang sesuai iaialh antara 6.5 hingga 7. Jika
tanam dalam bekas, gunakan bekas 12 in x 12 in x 12 in (30 cm x 30 cm x 30
cm). Kotak gabus sesuai digunakan. Jika tanam di tanah, gali lubang 12 in x 12
in x 12 in (30 cm x 30 cm x 30 cm) dan isikan dengan baja tinja ayam atau baja
organik. Tutuk dengan plastik hitam
selama 3 minggu supaya baja mereput.
Sementara ini semai benih.
Menyemai
Semai 1 atau 2 benih dalam sel dulang semaian dengan saiz
diameter 2.5 inci (7 cm). Jika gunakan
pasu semaian, gunakan yang saiz 7 cm.
Isikan dengan tanah semaian (growmix) dan semai sedalam 1 cm. Benih akan bercambah dalam masa 4 hingga 14
hari. Gunting pokok yang lebih lemah dan
biarkan satu cambahan sahaja dalam satu lubang.
Mengukuh
Apabila pokok telah mempunyai 4 helai daun, alih bekas
semaian ke tempat cahaya terik selama 2 jam sehari untuk kukuhkan cambahan. Lakukan ini selama 3 hingga 4 hari.
Mengalih
Alih pokok ke dalam bekas atau ke tanah selepas pokok
dikukuhkan. Jika tanam beberapapokok, jarakkan kira-kira 3 hingga 4 kaki (1-1.5
meter). Ti peringkat awal tutup pokok dengan botol plastik air mineral 4.5 liter
yang yang dibuang pangkalnya untuk melindungi cambahan daripada serangan siput
dan makhluk perosak yang lain.
Merimbun
Apabila pokok mempunyai 4 set daun, guntung tunas utama supaya tumbuh tunas
sis. 2 minggu kemudian buang tunas yang
lemah. Biarkan 4 tunas yang kukuh
sahaja.
Mendebunga
Pokok perlukan bantuan untuk mendebunga. lakukan pendebungaan secara manual. Satu kuntum bunga jantan cukup untuk
mendebunga 4 bunga betina. Apabila putik
bunga betina lekat (menjadi),
balut dengan kertas atau plastik untuk melindunginya
daripada serangan lalat buah.
Penjagaan
Pokok perlukan air yang cukup, siram setiap harinterutamanya
apabila pokok mula berbuah. Ikat buah
mnggunakan jaring atau plastik untuk mengurangkan beban berat buah pada batang
pokok.
Menuai
Petik buah apabila aroma masak dihasilkan. Perhatikan tangkai. Buah yang sedia untuk dipetik, tangkainya mula
pecah.
Hidangkan
Tembikai susu paling enak dihidangkan pada hari yang sama
selepas dipetik.
En. Is, boleh tolong terangkan tentang kaedah mendebunga x? :D
BalasPadamSaya ada buat posting topik berkenaan. Guna medan search di atas untuk buat carian.
Padammcm mana nk tahu bunga jantan n betina? cara pendebungaan bagaimana pula?
BalasPadammcm mana nk tahu bunga jantan n betina? cara pendebungaan bagaimana pula?
BalasPadamSaya ada buat posting topik berkenaan. Guna medan search di atas untuk buat carian.
Padammcm mn saya nk dapat benih tembikai jenis besar? kebanyakan tembikai yg saya tanam semua jenis kecil. mohon bantuan :)
BalasPadamBoleh dapatkan dari blog ini. Sms 0175009364.
PadamAdakah cara penanaman rock melon ngan tembikai susu ni sama??
BalasPadamYa, Sama.
PadamAssalam.. en sya nak mulakan prjek tanaman tembikai susu tapi takut tak jadi la. Sbb sya nak mulakan pada ujung bulan nov ni. biasa bulan ap yg sesuai tuk menanam buah tembikai
BalasPadamen.. sy nk tnya mcm mna nk jga buah yg sedang membesar? ? sbb 4 kali dah buah tembikai sy x jadi .. dlm besar bola hoki dy jadi warna kuning dan coklat lpas 2 mati.. boleh terangkn sbb2 dan faktor serta penjagaan untk buah x? ? sy hanya tanam tepi rmah je.. boleh balut pkai plastik x buah tembikai? ? pokok tembikai sy jenis menjalar atas tanah je..
BalasPadamEncik, untuk setiap tunas yang kukuh , kita sepatutnya kekalkan berapa biji buah untuk dapat saiz buah yang paling cantik?
BalasPadamAsalamualaikum tuan, mcmna kita nak ukur ph tanah?? Ada tak alat tertentu diguna.kalau ada , dimana boleh sy dpt.Terima kasih.
BalasPadamAsalamualaikum tuan, mcmna kita nak ukur ph tanah?? Ada tak alat tertentu diguna.kalau ada , dimana boleh sy dpt.Terima kasih.
BalasPadam😆👍
BalasPadam