Labu Squash adalah labu yang seakan-akan labu manis
(pumpkin). Ia berkait dengan labu marrow (zucchini) dan labu manis. Walaupun kelihatan hampir sama, secara
tradisi cara ia dimasak berbeza sedikit.
Mungkin rakan-rakan belum pernah melihat labu
squash. Inilah masanya untuk cuba
menanamnya kerana benih labu ini tidak dijual di mana-mana di negara kita, apa
lagi kepada yang bertanam di rumah secara hobi.
Labu squash ada berbagai bentuk. Benih yang dijual melalui blog tanam sendiri
berbentuk bujur dengan kulit berwarna kuning susu. Rupa pokok labu squash memang cantik. Ia sesuai dijadikan hiasan pada gerbang kerana
ia memanjat dan mengkasilkan bunga bersaiz besar.
Secara asa, labu squash dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
labu squash musim panas dan labu squash musim dingin. Jangan terkilan pula bila baca tentang musim
kerana kedua-dua jenis labu squash ini tahan panas. Nama tersebut sebenarnya tiada kaitan dengan
musim. Ia berkait dengan cara buah
disimpan. Labu squash musim panas tidak
tahan lama. Ia perlu dimasak dengan
segera selepas dituai. Jika disimpan, ia
hanya tahan selama 2 minggu. Labu squash
musim dingin boleh disimpan lama, sama seperti labu manis.
Tanah
Labu squash tumbuh
elok dan subur dalam tanah yang kaya dengan bahan organik.
Lokasi
Labu squash perlukan cahaya yang cerah dan tahan panas. Pilih kawasan yang tidak terlindung daripada
cahaya matahari.
Menyemai
Semai dalam bekas semaian atau sel semaian dalam dulang semaian
menggunakan tanah semaian (growmix).
Jangan gunakan tanah bakar. Jika
semai terus ke tanah, jarakkan 6 kaki
(1.8 m) antara semaian. Kekalkan tanah
lembap sehingga benih bercambah. Masukkan
2 benih dalam satu lubang. Selepas
bercambah, kerat buang cambahan yang kurang elok. Biarkan satu cambahan sahaja dalam satu
lubang.
Mengalih
Sebelum alih kukuhkan cambahan dengan meletakkan cambahan di
tempat panas sekurang-kurangnya 2 jam sehari selama 4 hari.Alih cambahan
selepas tumbuh 2 set daun. Jarakkan
cambahan kira-kira 6 kaki (1.8 m).
Penjagaan
Pokok labu squash memanjat dengan menggunakan sulur
paut. Latih pokok memanjat dengan
melilit batang ke pancang dengan melilit batang tersebut ke pancang. Ikat dengan longgar menggunakan tali
rafia. Pastikan pokok disiram setiap
hari.
Pendebungaan
Pokok labu squash adalah pokok luar, ia tiada pendebunga
semulajadi di negara kita. Lakukan pendebungaan
secara manual.
Buah
Balut buah dan ikat kepancang supaya berat buah disokong
oleh pancang. Ini untuk mengelakkan
batang daripada patah.
Menuai
Tuai buah labu squash ketika kulit masih lembut tetapi saiz
sudah cukup besar untuk dimakan. Biarkan
tangkai pada buah sepanjang 2 inci (5 cm).
Saya rasa penting kalau en. Is nyatakan juga kelebihan makan buah ni. Kalau tak, kurang sikit orang nak beli biji benihnya.
BalasPadamTerima kasih IWong, cadangan yang baik. InsyaAllah saya akan bercerita lagi tentang labu squash.
PadamEn Is, blh terangkan lebih lanjut "Pokok labu squash adalah pokok luar, ia tiada pendebunga semulajadi di negara kita. Lakukan pendebungaan secara manual"
BalasPadamPosting tentang pendebungaan secara manual
PadamEn Is..labu squash ini boleh dimasak lemak seperti labu biasa?
BalasPadamYa, boleh.
Padam