Salam En Is,
Saya ada beli benih salad dalam sampul kecil di pasaraya. Saya semai, banyak yang bercambah, tapi sebelum sempat makan, pokok dah mati. Hampeh. Saya nak beli benih tanamsendiri sebab benih tanamsendiri gerenti jadi.
---------------------
Waalaikum salam,
Alamak! Ini yang buat saya berpeluh ni.... Pertama, tiada gerenti dalam berkebun. Saya pun tak boleh nak sahkan benih yang disemai gerenti akan mendatangkan hasil. Saya hanya boleh usahakan berkongsi kaedah terbaik supaya menjadi, tapi saya tak boleh sahkan ia pasti akan menjadi.
Jika saudara semai benih pasaraya dan ia bercambah, saya kira kaedah menyemai yang saudara gunakan dah elok, cuma kaedah penjagaan sahaja yang belum serasi. Saudara perlu cuba lagi, jangan putus asa.
Sebenarnya, menanam salad rumit sedikit jika berbanding dengan menanam sawi atau kailan. Ini kerana salad sensitif sedikit. Lagipun serangga suka makan salad, mungkin sebbab rasanya yang manis dan ia berkhasiat.
Saya tanam salad dalam bekas. Selepas mengalih saya letakkan salad di tempat teduh, misalnya antara pokok bendi. Saya baja menggunakan baja organik. Kadang-kadang bila pertumbuhan agak perlahan, saya siram dengan larutan baja urea sebagai booster. Jadi, tak 100% organiklah. Ikut keperluan. Tanah pula saya campurkan tanah liat, pasir, growmiz dan kondisyener. Ini untuk pastikan tanah sentiasa lembap, terdapat udara, dan mempunyai saliran yang elok.
Saya juga sentiasa membelek pokok mencari kalau-kalau ia diserang siput, belalang atau serangga yang lain. Diakui tanam salad seronok, tapi penjagaannya lebih rumit daripada sawi atau kailan.
Cahaya pun kritikal juga. Ada jenis salad yang tak tahan cahaya terik tengahari. Saya cuma pastikan salad mendapat cahaya pagi.
Apa yang saya ingin sampaikan di sini, tanam salad lebih mencabar. Benih tanamsendiri diuji cambah. Walaupun begitu tidak semestinya cambahan yang terhasil akan berjaya dituai. Walaupun benih pasaraya tidak menghasilkan tuaian yang diharapkan, ini tidak bermakna benih pasaraya tidak elok. Kejayaan menanam salad bergantung kepada banyak faktor.
Saya tanam atas balkoni tinggi, cuma belalang spiderman aje yang dapat naik. Daripada pengalaman saya, saya campurkan teh terpakai (malam2 saya dan suami minum clenx tea - so banyaklah boleh kumpul)- dikeluarkan daripada sampul kertas teh dan digaul dengan tanah...memang salad suka...terutama Marilyn...
BalasPadamDr. H dah dapat tuai salad Marilyn? Saya dah tuai 2 cycle, tapi tanama kedua agak lambat. Mungkin sebab saya tak replinish baja sejak semaian pertama dulu.
PadamDah selamat makan, tinggal dua tiga yang lambat pembesaran...Marilyn tu daun dia bulat sikit dan tebal sikit dari titanic kan? Yg Titanic tiga aje yang tumbuh...daun dia softer...lebih sedap bagi orang yang tak suka makan vegs macam suami saya..tapi kira tuaian salad lambat juga..nak dekat 3 bulan juga..timun berhasil dulu daripada salad.
PadamSaya setuju dengan pandangan tuan Iskandar. Mungkin kesalahan penjagaan terutama apabila tanam di dalam pasu. Banyak cabarannya.
BalasPadamLain jenis salah lain pula ketahanannya.
Padam