Selasa, 14 Mei 2013

Soalan -- Habuk Kayu Sebagai Kompos

En Iskandar,
Saya tinggal berdekatan sawmill dan boleh dapatkan habuk kayu dalam kuantiti yang banyak dengan mudah.  Boleh tak saya komposkan habuk kayu?

-----------

Habuk kayu lazimnya kalis reput kerana nisbah karbon nitrogen yang terlalu tinggi iaitu 500:1.  Bagaimanapun ia sesuai dijadikan kondisyener tanah kerana ia mampu mereput menjadi humus dalam kuantiti yang banyak.  Ia sesuai digunakan untuk membaiki struktur tanah.

Jika ingin dijadikan kompos, gaul dengan bahan yang kaya dengan nitrogen, misalnya tinja ayam atau tinja kambing dan biarkan mereput selama 6 bulan hingga setahun. 

3 ulasan:

  1. tidak akan menjemput anai-anaikah. hujung minggu lepas, terjumpa sekumpulan anai2 di bawah bekas2 tanaman. scary.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anai-anai dalam kompos bertindak sebagai organisma pengurai.

      Padam
    2. risau pula ia mengurai kayu kayan dlm rumah saya :(

      Padam