Selasa, 21 Mei 2013

Soalan -- Benih Roselle Tidak Bercambah

Salam En Is,
Saya ada beli benih roselle dari tanamsendiri.com.  Apa bila disemai, satu pun tidak bercambah.

---------------
Walaikum salam,
Saya telah ujicambah benih yang ada.  Benih yang diuji diambil dari beberapa pek secara rawak.  Dari 10 benih yang diuji cambah, 8 telah mengeluarkan akar selepas 12 jam disemai.  Gambar menunjukkan dulang semaian selepas 2 hari disemai.  Sebagaian daripada sel semaian rosak kerana dulang terdedah kepada hujan.  Beberapa cambahan dilarikan air.  Bagaimanapun benih bercambah.

Mungkin kaedah atau medium (tanah) yang digunakan tidak serasi.  Saya akan ganti benih untuk saudara cuba lagi.

Ujicambah benh roselle.

9 ulasan:

  1. Bagi saya, roselle benih yang paling senang cambah. Saya semai terus campak ke tanah pun boleh hidup.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang ada juga benih rosak kerana terhimpit. Saya perasan ada yang palstik buih pembalut penih pecah. Benih roselle mungkin rosak ketika terhimpit.

      Padam
  2. benih yg abg kirim seminggu lepas baru semai 2 hari..tapi x nampak bercambah lagi..nak tunggu lagi kalau x becambah sampai seminggu mcmana?saya guna tanah yg sama (bukan bekas tanam)masa tanam benih yg dikirim dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semai dalam bekas atau di atas tanah?

      Saya sendiri semai dalam bekas semaian sebab kaedah ini dapat elakkan embrio benih dari dimakan semut atau makhluk perosak lain. Sebelum akar kukuh, tanah juga tidak boleh kering. Jika semai ditanah akan terdapat waktu kerng terutamanya ketika tengahari. Jika dalam bekas, lebih mudah dikawal. Sawa sendiri isi air dalam dulang dan meletakkan dulang semaian di dalam dulang tersebut, jadi tanah kekal lembap.

      Jika roselle tidak bercambah selepas 2 hari disemai, ada kemungkinan ia mengalami waktu kering. Cuba tunggu dalam 3 hari lagi.

      Padam
    2. OO..saya semai dalam bekas semaian..ada betul jugak..mungkin mengalami waktu kering..

      Padam
  3. Abg..dah dekat 2 minggu benih still sama x bercambah..tgk2 dan picit..kosong..padahal x de semut pun..hairan sungguh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau 2 minggu, kira out dah tu. Saya akan kirim pek baru hari Isnin.

      Padam
    2. Aduu..saya minta maaf abg Is..x sanka leh jadi mcm nie..

      Padam
    3. Tiada masalah. Percambahan bergantung pada banyak faktor. Kadang-kadang serasi, kadang-kadang tidak.

      Padam