Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 31 Mei 2013

SEMAI APA HARI NI?

Hari ni uji cambah beberapa benih yang baru diterima. Antara benih yang diuji cambah, kiwi, strawberry, kucai, kailan tokyo, garland chrysenthemum, bendi hijau berbuah lebat, dan beberapa jenis salad. Pokok kiwi dikatakan ada dua jenis iaitu pokok jantan dan pokok betina. Jadi, untuk menghasilkan buah, mesti ada kedua-dua jenis pokok. Oleh sebab itu saya perlu semai lebih sedikit supaya mendapat kedua-dua jenis pokok. Pokok ini memanjat dan perlu para. Pokok strawberry pula, lazimnya ditanam menggunakan sulur. Jika tanam dari benih ambil masa yang lebih lama untuk menghasilkan buah. Apa-apa pun cuba dulu.

17 ulasan:

  1. Balasan
    1. Saya uji cambah dulu. Nak pastikan benih yang saya terima bernas.

      Padam
  2. nak cop buah kiwi dan strawberi....

    BalasPadam
  3. Salam tuan is. Sy bru alih semaian pokok bendi, tomato ceri, selasih dn lobak putih pg td. Bru sy periksa td (selepas 5jam) keempat2 jenis pokok jd lyu mcm nk mati je....semaian dh kluar set 2daun. Dh byk kli jd bile sy alih , pokok trus layu mnyembh bumi. , lps tu mati. Sedih sy. Fobia nk alih pokok lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aktiviti mengalih perlu dilakukan sebelah petang untuk mengelakkan kekeringan di waktu tengahari, iaitu sebelum akar settle.

      Padam
  4. Assalamualaikum tuan,

    Saya juga sedang cuba semai benih strawberi dari buah yang dibeli. Benih tumbuh, tetapi selepas daun sebenar yang pertama keluar, akhirnya anak pokok mati..

    Tidak sabar menanti cambahan yang tuan sedang uji, mahu belajar cara yang betul membesarkannya :D


    BalasPadam
    Balasan
    1. Lazimnya ketika cambahan hanya mempunyai daun kotiledon, ia mendapat bekalan nutrien dan tenaga dari simpanan dalam benih. Bila daun sebenar tumbuh, pokok perlu dapatkan nutrien dan jalankan fotosintesis. Jika keadaan tidak serasi, pokok akan mati.

      Padam
  5. en. iskandar, saya booking yer benih strawberry dan kiwi yer. teruja ni kiwi leh tanam di Malaysia

    BalasPadam
  6. Salam..En.Iskandar,masih ada ker biji benh strawberry nie??? Bminat nk cuba tanam..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Alhamdulillah semuanya bernas. Dah lama nikmati hasil tuaian daripada benih-benih tersebut.

      Padam
  8. Salam,maksud en is benih kiwi dan stawberry yang disemai telah mengeluarkan hasil?

    BalasPadam
  9. salam, sy nak tnya en kaedah yang betul dan suhu yang sesuai untuk menaman biji benih strawberry? mohon kerjasama dari pihak encik tq

    BalasPadam
  10. Salam.
    Benih strawberry ada jual ke?

    BalasPadam