Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 17 Mei 2013

Pracambah Benih

Ada yang berpendapat benih yang sukar bercambah seperti benih kucai dan bayam spinach elok di pracambah terlebih dahulu.  Ini kerana benih tersebut mengeluarkan aroma yang mungkin akan menarik perhatian serangga, misalnya semut gatal.  Apabila semut memakan bahagian embrio, benih tidak akan bernas lagi.

Ada yang syorkan kertas tisu basah diletak dalam plastik sanwic.  Cara ini berkesan, cuma kadang-kadang akar rerambut tercedera bila cambahan dikutip untuk disemai dalam tanah.  Itu antara pendapat orang yang pernah mencuba kaedah ini.  Mereka mencadangkan menggunakan agar-agar.  Ketika agar-agar masih belum keras, kacau benih supaya benih tersebar elok. 

Saya sendiri lebih gemar menggunakan kanji (corn starch).  Larutkan serbuk kanji.  Ketika ia masih suam, campurkan benih dan kacau.  Jika tidak mahu benih bercambah, letak dalam peti sejuk.  Bila dah sedia untuk cambahkan, keluarkan bekas.  Apabila benih dah bercambah, kutip benih pracambah menggunakan penyepit (tweezer).

Lain orang lain kaedah yang digunakan.  Kita boleh pilih kaedah mana yang paling serasi.  

3 ulasan:

  1. Salam tuan..

    Pengalaman saya, dalam kebanyakan benih, benih kucai la paling sukar nak dicambahkan.. Habis semua ikhtiar saya gunakan, x mahu juga nak bercambah. Saya nak cuba gunakan kanji macam tuan lakukan la pula. Mana tahu tumbuh :)..

    Doakan saya :)..


    P/s : Lama x jengok laman tanamsendiri ni disebabkan kerja yang bertimbun-timbun.. Hehehe.. Tapi masih sempat mengikuti perkembangan laman tanamsendiri melalui emel yang dilanggan.. Terima kasih tuan.. Tengah duk teropong benih² baru ni.. Memang mengoda :).. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sukar bercambah, sebab itu biasanya orang beli bebawang. Masalahnya professional grower tak mahu lepaskan bebawang.

      Benih baru memang banyak yang saya terima. Belum promo sebab sedang uji cambah. Terkini, squash, tembikai susu (beberapa jenis), labu butternut, labu air, terung, tomato, cili, timun tokyo, bendi jenis buah lebat dengan kulit licin, kaichoy bulat, salad kepala singa, kailan bunga hong kong, ...

      Padam
  2. assalammualaikum tuan,
    boleh tak, tolong siarkan gambar pokok kucai..tempat saya ni ada banyak jenis tumbuhan diberi nama lain2..saya nak guna maklumat dari tuan je..hehehe terimakasih tuan.

    BalasPadam