Cambahan lonjong, saiz batang terlalu
panjang jika berbanding dengan saiz daun sehingga cambahan mudah patah.
1) Tidak cukup
cahaya.
2) Suhu
terlalu tinggi (terlalu panas).
3) Cambahan
banyak dan terlalu padat.
Pertumbuhan perlahan.
1) Tidak cukup
nutrien.
2) Terlalu
kering.
Cambahan subur tetapi rebah (tumbang).
1) Tanah
terlalu nipis atau cetek.
2) Tanah
terlalu lembap.
Cambahan tumbang dan mati.
1) Penyakit
reput batang.
Daun cambahan pucat.
1) Tidak cukup
cahaya. (Cambahan juga lonjong).
2) Tidak cukup
nitrogen.
Daun cambahan kemerahan.
1) Tidak cukup
nutrien.
Benih tidak bercambah.
1) Benih tidak
bernas.
2) Benih
kering kerana tidak disiram atau siraman tidak menentu.
3) Serangan
penyakit reput batang. Benih menjadi
lembik dan busuk.
4) Tanah/medium
tidak sesuai.
Permukaan tanah kelihatan hijau.
1) Algae
tumbuh.
Cambahan rosak/putus
1) Dimakan makhluk perosak; burung, semut,
siput, lintah bulan, tikus, kekabuh mentimun.
Posting dipetik dari ebook "Berbaloi Kah Alih Semaian?" yang sekarang masih lagi dalam peringkat draft.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan