TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Isnin, 20 Mei 2013
Gambar Hari Ini -- Timun Jepun
Dua minggu lepas saya ada tunjukkan gambar pokok timun ini ketika ia masih kecil. Saya tidak alih pokok tersebut. Ia dibiarkan terus membesar dalam pasu semaiannya. Mungkin jika dialih pertumbuhan akan lebih galak. Bagaimanapun saya berpuas hati dengan kadar pertumbuhannya walaupun jika dibandingkan denga pokok timun jepun yang ditanam sebelum ini, pertumbuhan pokok timun jepun tersebut agak perlahan. Walau apapun,pokok ini baru berumur 5 minngu. Jika tiada masalah, 3 minggu lagi saya akan dapat tuai buah sulungnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan