![]() |
Anak pokok sayur putih ong king. |
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Khamis, 16 Mei 2013
Gambar Hari Ini -- Sayur Putih (Kobis Cina) Ong King
Sayur putih Ong King adalah antara sayur yang paling mudah dijaga. Pertumbuhannya juga amat galak. Sayur ini enak dijadikan ulam jika dipetik terus makan. Ia juga enak digoreng, dimasak lemak dan masak sayur air. Pokok ini disemai 3 minggu yang lalu dengan hanya menabur benih dalam ruang kosong dalam pasu yang berisi pokok terung. Selepas dialih dalam pasu yang sama, pertumbuhan begiku cepat dan ketara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya berkongsi sayur putih ini dengan beberapa jiran.. feedback nya sangat memberansangkan... semua cakap sayur ni sangat enak dibuat ulam.. lemak manis.. tapi ramai yang salah anggap ia adalah keluarga salad. malangnya saya masih belum berjaya memujuk mereka menanamnya sendiri. jiran saya lebih cenderung menanam pokok bunga berbanding sayuran. mungkin kawasan dan halaman kami sangat terhad.
BalasPadamHobi menanam ni kadang-kadang dianggap susah. Sebab tu ramai yang tak berani cuba. Bila dah cuba, sukar dilepaskan.
Padam