Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 25 Mei 2013

Gambar Hari Ini -- Sarang Burung Merbah Putih

Pokok kosmos kuning tidak juga berbunga walaupun dah separas dada.  Mungkin kerana saya semai pokok bersama pokok bunga telang.  Bunga telang pengikat nitrogen, jadi tanah tempat pokok kosmos kaya dengan sebatian nitrogen.
Pokok dah seperti semak, elok juga kalau dipangkas.  Mungkin lepas pangkas pokok akan berbunga.  Dah pangkas separuh dari pokok baru perasan, rupa-rupa rumpun kosmos dah berpenghuni.  Kata orang kalau burung singgah buat sarang dalam laman, tanda keluarga tersebut dilimpahi rahmat, hidup sejahtera.
Tak jadi pangkas pokok tersebut... Diharapkan burung merbah putih tak tergugat, pokok yang menjadi pilihan sarang dah terpangkas sebahagiannya.
Petang ni terpaksalah ikat semula pokok supaya sarang tak terdedah dan tak basah jika hujan.

Sarang merbah putih di halaman rumah, dengan 2 biji telur.

4 ulasan:

  1. tak semena2 saya tersenyum bila tengok gambar sarang burung merbah putih dengan 2 biji telur comellll aje tergolek t :) sejuk rasa hati.

    BalasPadam
  2. 2 dlm 1 tuan! penternak & petani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok tu dah selamat. Selagi burung tu ada, pokok tidak akan dicabut.

      Padam