Menyediakan Cecair Semaian
- Campurkan 1 sudu besar tepung jagung (corn starch) dengan satu cawan air di dalam periuk kecil.
- Panaskan campuran sehingga mendidih.
- Kacau campuran untuk larutkan tepung jagung.
- Apabila larut, padamkan api dan biarkan larutan sejuk.
Memasukkan Benih Untuk Pracambah
- Tuang larutan ke dalam mangkuk.
- Ketika campuran masih suam, campurkan benih yang ingin dicambahkan.
- Kacau campuran supaya benih tidak terlalu rapat.
- Tutup mangkuk dan simpan. Benih akan mula keluarkan akar utama.
as salam en is,
BalasPadamkaedah ini sesuai utk semua biji benih ker?
Untuk benih sayur yang bersaiz kecil. Jika benih besar seperti benih nangka, durian dsb tak sesuai. Benih yang halus sahaja yang sesuai.
BalasPadamAssalammualaikum En.Is,
BalasPadamAdakah nutrien sama jeli ni sama macam kita semai di tanah?Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan dan teruja untuk mencuba.
Tak sama. Tanah jauh lebih banyak nutrien. Tapi untuk mencambah benih, nutrien belum diperlukan.
Padamsalam en Is. kalau cecair tu mula berbau mcm basi tak apa ker?..baru cuba tp cecair yg disimpan semalaman mula berbau risau pulak tumbuh kulat/bakteria yg lain..
BalasPadamJika berbau, medium dah dijangkiti bakteria. Kulat juga mungkin akan menjangkiti medium. Kita perlu selesaikan isu mikrob yang mungkin "memakan' medium.
PadamAssalam en is,
BalasPadamLepas da semai dan tutup bekas, kena letak di luar untuk dpt sunlight atau boleh letak dalam rumah je?
Ini kaedahuntuk mencambah sahaja. Simpan dalam rumah.
PadamHopefully jadi. Sebab benih salad yg sy order dr en is je yg tak bercambah. Yang lain sume da beso. Tak tau mane silapnya.
BalasPadamSalad memang ambil masa yang lama untuk bercambah. Pastikan tanah sentiasa lembap ketika mencambah.
Padam