Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 11 Mei 2013

Cara Tuai Daun Kobis

Daun kobis boleh dituai walaupun pokok belum menghasilkan bebola atau jantung. Pokok ini jika ditunggu dalam sebulan lagi akan mula menghasilkan bebola.  Tapi saya rasa rugi kalau daaun yang segar dan enak dimakan dibiarkan membazir begitu sahaja tanpa dituai.  Lagipun daun kobis berkhasiat serta enak dimakan.


Pokok kobis sebelum dituai sebahagian daripada daunnya.
Saya pilih daun yang sederhana saiznya untuk dituai.  Daun bawah dibiarkan kerana ia telah terkena tanah dan sukar dibersihkan.  Daun tersebut juga terlalu berserat dan ia masih menjalankan fotosintesis dengan kadar yang optima.

Saya tuai di sebelah pagi dengan harapan luka pada tangkai daun telah pulih di waktu malam.  Ini untuk pastikan luka tersebut tidak dijangkiti kulat di waktu malam.  Jika tuai di waktu pagi, bahagian yang terdedah akibat dipotong telah kering sedikit di waktu tengahari.  Saya potong tangkai menggunakan gunting dapur yang tajam untuk minimakan luka pasa pokok.  Jangan sekali kali tuai dengan hanya mematahkan tangkai daun.

Kerat daun menggunakan pisau atau gunting kebun yang tajam untuk elakkan kecederaan pada induk.

Apabila selesai menuai daun, bahagian pucuk pokok kelihatan seperti terdedah sedikit.  Ini memudahkan aliran udara dan mengurangkan risiko jangkitan kulat.  Pokok dibaja dengan baja organik yang kaya dengan sebatian nitrogen sehari selepas dituai.  Pokok ini akan dituai lagi seminggu yang akan datang.

Pokok kobis selepas sebahagian daun dituai.

2 ulasan:

  1. cantik susunan daunnya bagai kelopak bunga ros..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, setuju. Saya rancang nak semai jenis merah pula. :)

      Padam