Begitu juga kalau dijodohkan pokok bunga telang dan pokok bunga kosmos. Pokok bunga telang jenis legum yang mempunyai akar yang "membela" bakteria yang mengikat nitrogen. Pokok bunga kosmos hidup bahagia kerana akar tidak perlu merayap jauh. Nitrogen yang dibekalkan oleh pokok bunga telang elok untuk pertumbuhan. Bila terlalu bahagia, pokok kosmos tidak berbunga. Buat apa susah-susah berbunga (untuk pembiakan) jika keadaan sesuai untuk pertumbuhan?
Inilah yang berlaku di depan rumah kami. Saya jodohkan pokok bunga kosmos dengan pokok bunga telang. Pokok bunga kosmos tumbuh sehingga separas dada dengan batang sekasar penumbuk, tapi tidak berbunga. Kesimpulannya, pokok bunga telang tidak sesuai dijodohkan dengan pokok bunga kosmos. Ia lebih sesuai dijodohkan dengan pokok sayur daun.
Nah.... lihatlah sendiri.
![]() |
Pokok kosmos yang ditanam bersama pokok bunga telang tumbuh subur, tetapi tidak berbunga. |
Salam En. Is,
BalasPadamSaya tanam bunga telang bersebelahan kacang panjang dan sirih, ok ke??
Sangat OK. Bunga telang dan kacang panjang akan suap baja nitrogen (elok untuk pertumbuhan daun) kepada sireh. Pokok sireh sememangnya ditanam untuk daun.
Padamsalam en is. saya pernah mengalami keadaan mcm ni. pokok kosmos tak berbunga tapi sihat dan gemuk. akhirnya saya cabut.;>
BalasPadam