Saya telah semai benih timun jepun 3 minggu yang lepas menggunakan tanah growmix. Benih tersebut dikambus dalam lubang sedalam 2 cm. Pasu yang digunakan ialah pasu gantung dan saya gantung pada dawai yang diikat pada tian depan rumah. Kawasan ini agak redup dan tidak terima cahaya pagi secara terus. Satu pasu saya letakkan 3 benih. Benih bercambah dalam masa 48 jam. Semua benih bercambah. Cambahan tidak dialih.
Saya siram cambahan setiap pagi menggunakan botol spray. Cambahan agak lonjong kerana tidak menerima cahaya yang cukup. Bagaimanapun pertumbuhan tidak bantut. Jika semua ok, pokok akan menghasilkan buah yang dapat dituai dalam masa 30 hingga 45 hari lagi.
 |
Anak pokok timun jepun yang berumur 3 minggu. |
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWaalaikum salam, pesanan tersebut (yang pada 26/4/13) telah dikirim pada hari yang sama.
Padamoo.. alamat yg dlm sms dr no 012 5***881 tu kan..? :)
BalasPadamYa, alamat tersebut.
Padamyeay.. da sampai.. tq en Is.. bebawang HSM ade lg x?
PadamAda lagi. Tapi dah tak banyak. kalau mahu mesti cepat bertindak. :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamen IS,
Padamcampur bebawang HSM dgn list d bwh..
1. cili pelangi
2. salad butterhead
3. kacang pea
4. bayam spinach
5. daun sup
ade stok x..?
Semua ada kecuali kacang pea.
Padamok. bole la.. campur biji benih cili solok..
Padamminta en Is skalikan dgn benih share dlm fb tu bole tak..? berapa ye total (biji benih + bebawang HSM)..? emel sy [email protected]
Padamterima kasih..
Assalamualaikum en Is.. benih2 + bebawang hsm + benih kongsi telah selamat sy terima semlm.. sy beli ye.. terima kasih. Bebawang tu kena tanam asap ke macam mana..? Pasal sy ingat nk bwk balik kg isnin depan..
PadamWaalai'kum salam, jika tak mahu semai terus, letak tempat udara mengalir bebas, kerana bimbang bebawang akan berkulat jika lembap terlalu lama tanpa disemai. Seeloknya, semai dalam bekas kecil terlebih dahulu. Bila nak buat balik, keluarkan dan bungkus dalam kertas suratkhabar. Kertas bungkusan lapisan dalam dibasahkan dengan air.
Padamoo.. ok.. terima kasih.. :)
Padamadakah akar timun panjang? mksd sy adakah pertumbuhan timun ini akan terbantut disebabkan oleh saiz pasu?
BalasPadamSaya kurang pasti. Masa tanam dalam kotak gabus akar merayap keluar ke tanah. Jika diletak baja dan air yang cukup, tiada masalah.
Padamsalam en iskandar.. pokok timun ni akan maintain duk dlm pasu tergantung ke dan mmg plan tak nak alihkan ke tanah?
BalasPadamSaya akan maintain dalam pasu.
PadamPokok Timun Jepun sy hbs diratah kekebuh timun..geram nya. Dah dua kali tanam. yg dh sempat berbuah pn hbs diratah. Cam ne? Larutan racun organik dh cuba.. :(
BalasPadamKekabuh mentimun akan membiak selepas musim hujan. Saya gunakan larutan pencuci pinggan dan minyak masak disembur terus ke atas kekabuh. Buat masa ini masih terkawal.
PadamSalam en. Is. Sy dh sms dn emel pd tuan 2 mei yg lpas, bknaan pesanan yg masih sy x terima. Mntak feedback drp tuan scpat mungkin. Tq.
BalasPadamSaya telah semak, sebahagian dari data kiriman pada tarikh tersebut telah hilang ketika mengalih data. Masaalah telah dibaiki. Kiriman akan dibuat esok melalui poslaju. Noraida akan terima kiriman dalam masa 3 hari. No trekking EM360635684MY.
PadamEn is... sy ade tanam tinun jepun. Secara topsy turvy. Alhamdullillah dah berbuah. :) cume nak tanye en is. Pucuk timun jepun ni boleh makan ke.? Geram pulak tgk. Mengingatkan saya betape sedapnye pucuk labu celur cicah budu hehehe.
BalasPadamJemputlah jenguk blog saya ada gambar experimen timun jepun cara terbalik sy tu.
www.hijaudirumahbahagia.blogspot.com
Alhamdulillah. Saya tak pasti samada daunnya boleh dimakan atau tidak. Mungkin ada rakan yang tahu, boleh kongsikan.
PadamMenarik blog anis anis. Saya akan masukkan dalam blog walking.
Tanam timun air xboleh bnyak ke?sy dh tanam 3 mggu dah cntik dia kluar lps tu layu
BalasPadam