Selasih, kemangi dan sweet basil adalah herba beraroma yang popular digunakan dalam masakan kita. Misalnya kemangi dijadikan ulam dalam laksam. Baunya yang seperti lemon berempah memang enak. Selasih pula enak dijadikan ulam dan dicicah sambal cili. Semua jenis basil boleh dikeringkan, dihancurkan untuk dijadikan perisa makanan.
Daunnya yang dikeringkan enak juga dibuat teh. Biji herba ini kembang apabila direndam. Ia digunakan sebagai ramuan di dalam minuman sirap dan air batu campur.
Herba ini disemai menggunakan biji benih atau menggunakan keratan batang.
Menyemai Dengan Benih
Rendam benih dalam air suam selama 2 jam. Benih akan kembang diselaputi jeli putih. Jeli ini lembap mempastikan benih mendapat bekalan air yang cukup ketika disemai.
Tanam 1 hingga 3 biji benih dalam lubang sedalam 1 cm. Gunakan tanah growmix atau tanah pasir yang dicampur tanah atas (top soil).
Sembur tanah dengan penyembur untuk melembapkannya.
Pastikan tanah sentiasa lembap. Benih akan bercambah dalam masa 4 hari.
Jika semai dalam dulang atau di atas tanah, jarakkan lubang kira-kira 4 inci.
Mengalih
Alih pokok apabila terdapat 4 helai daun iaitu 2 helai daun benih dan 2 helai daun sebenar atau apabila akar memenuhi sel, iaitu 2 hingga 3 minggu selepas pokok bercambah. Jika ingin tuai seluruh pokok, jarakkan lubang dalam 6 inci. Jika ingin tuai secara kerat dan tumbuh lagi, jarakkan antara 45 hingga 60 cm.
Memangkas
Untuk rimbunkan pokok pangkas tunas utama apabila pokok mencecah 15 cm.
Menyiram
Jika tanam di atas tanah, siram sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Jika tanam dalam bekas, siram setiap hari terutamanya di sebelah pagi.
Merumput
Merumpat sekurang-kurangnya 2 minggu sekali atau apabila perlu, iaitu apabila kawasan ditumbuhi rumpai.
Makhluk Perosak
Pokok jarang diserang makhluk perosak. Bagaimanapun terdapat serangga halus yang gemar menyerang herba ini. Jika terdapat serangan, semburkan dengan larutan pencuci pinggan dan minyak masak selama 3 hari berturut-turut sehingga serangga tersebut tidak kelihatan lagi.
Cubit Buang
jika ingin tuai daun yang bersaiz besar dan rangup, cubit buang putik bunga yang tumbuh.
Membaja
Gunakan baja organik. Tabur kira-kira 7.5 cm daripada batang 2 minggu sekali,.
Menuai
Tuai 38 hingga 50 hari selepas menyemai.
Menyemai Dengan Keratan
Potong ranting yang belum berkayu di sebelah petang. Buang daun dan tinggalkan tunas sahaja. Semai dalam lubang sedalam 2.5 hingga 5 cm. Gunakan tanah growmix. Lembapkan menggunakan penyembur. Pokok akan berakar selepas 2 minggu.
Orang putih panggil Tulsi...saya confused juga..saya ingat sweet basil tu yang jenis chef negara barat letak dalam pasta...kenanya itu Genovese basil .... Tulsi ini juga dipanggil Holy basil..dan dikatakan a good immune modulator..dab juga saya baru tahu..kononnya ia akan modulate stress..dan jika terstress pun akan menghalang pengeluaran kortisol secara berlebihan...jadinya wahai orang-orang yang boroi atau perut buncit akibat stress...daun ini sangat elok dijadikan amalan harian...saya pun nak biakkan juga la untuk mengempeskan perut..
BalasPadamhttp://www.healthbooksummaries.com/20_Things_You_Need_to_Know_About_Holy_Basil.html
PadamGenovese basil kuat rasanya. Dulu ada tanam, saya decide tak jual benih sebab rasanya terlalu kiuat orang kita mungkin tak suka.
BalasPadamTulasi saya keringkan buat teh. Kalau susah tdo, lepas 1 cawan sure berdengkur.
masih keliru diantara sweet basil yg selalu digunakan dalam [email protected] pizza dengan selasih utk masak kari hijau thailand. adakah jenis yg sama? saya tidak mengemari basil yg dgunakan dlm pasta, kuat sgt rasa yer...saya ada pokok basil tersebut.
BalasPadammohon penjelasan encik iskandar. tq
Tidak sama. Sweet basil paling tak kuat rasanya. Tulasi paling kuat. Kemangi ada rasa lemon, biasa diguna dalam ulam laksa atau laksam Terengganu.
PadamRubiah perlu tanam semuanya untuk menikmati kesemuanya. Sweet basil, kena kalau dihidangkan bersama masakan yang ada tomato.
Sweet Basil dan Kemangi ada stok tak?
BalasPadamSelasih, kemangi dan tulasi ada stok.
PadamBoleh tau mn nk dpt cari thai basil x?terima kasih
PadamKami ada stok benihnya.
Padamsalam...tulasi..kalau sy tak semai dalam polybeg tp tanam benih dalam tanah terus atau dalam pasu terus boleh tak?
BalasPadamYa boleh tanam terus.
Padambijih benih lain boleh ke nk tanam terus kt pasu atau kt tanah?
BalasPadamBoleh tapi ada jenis tanaman lebih cepat besar kalau dialih, misalnya kailan dan sawi.
PadamKalau kena direct sunlight ok ke?
BalasPadamMaafkan saya jika ulasan ini mengganggu anda kerana terdapat sedikit kekeliruan dalam mengenali jenis2 basil. Jika dlm kulinari, basil yg digunakan dlm masakan Itali seperti pizza dan pasta adalah sweet basil. Juga dikenali dgn nama Genovese basil (Genovese diambil dari nama tempat di Itali). Manakala perkataan tulsi biasanya digunakan oleh orang India dan jenis yg dimaksudkan ialah Holy basil (sedikit berbulu). Tulsi juga digunakan dan digemari oleh Thai dan dikenali sebagai Kraphao. Secara asas terdapat 3 jenis basil yg digunakan di Thailand iaitu Horapha (Thai basil/selasih), Kraphao (Holy basil) dan Maeng-lak (Lemon basil/kemangi - digunakan secara meluas di Indonesia).
BalasPadamTerima kasih.
PadamSaya suka bassil sbb anak suka mkn pesto...homemade sauce
BalasPadamCuma saya nak tahu dimanakah nak dapatkan benihnya bassil ni...
BalasPadamBoleh dapatkan dari blog ini. SMS/WhatsApp 0175009364
Padampokok selasih saya dah banyak berbunga, macam mana nak dapatkan biji selasih dari pokok tu. Nak masuk dalam air sirap ni.
BalasPadamBila tangkai hampir kering, tuai. jangan tunggu bunga kering sepenuhnya kerana benih akan gugur.
PadamLetakkan dalam brown bag dan gantung sehingga kering sepenuhnya.
assalam...saya ingin dapatkan pohon selasih/kemangi untuk penyelidikan...tuan boleh supply x pohon ni? kalo boleh pls email me ... [email protected]
BalasPadamplease reply me on phone also 0134158746
BalasPadampucuk kemangi mmg sedap buat ulam yang dicicah ngan sambal blacan. Kalau ke indon carilah lalapnya kemangi!!!!!
BalasPadam:)
Padamassalam.....dari mana saya boleh mendapatkan benihnya.....?
BalasPadamsekian terima kasih...
Waalaikum salam,
Padamboleh pesan dari blog ini.
SMS/WhatsApp 0175009364.
Pokok selasih saya dah lebih 4 hari tapi belum bercambah. Elok lagi ke tidak ye?
BalasPadamHazu: Basil sy semai dlm tempoh 5 hari dah bercambah.. Try wat kaedah semai letak atas tisu lembap & amik selapis tisu tutup dulu benih2.. pastu tutup bekas supaya kekal kelembapan & x perlu renjis air dah kalo kelembapan tu kekal.. Dalam tempoh beberapa hari akan nampak hasilnya..
BalasPadamTerima kasih hazran_rahimi. Saya terlepas pandang ulasan Hazu~.
PadamEn is..tau x daun sopanam tu apa? Tq
BalasPadamTak tahu.
PadamDimana nk cri pokok kemangi dan berapa hrga sepokok
BalasPadamاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ..
BalasPadamTuan.. ada jual benih tulasi/holy basil?
mana nak cri benih ketiga2 tumbuhan ni, sweet basil, temagi dgn selasih? tulasi tu ape pulak?
BalasPadamWhatsapp kami, 0183601610
PadamTulasi tu sejenis basil jugak. Juga dkenali sebagai holy basil.
PadamTulasi tu sejenis basil jugak. Juga dkenali sebagai holy basil.
Padambagaimana cara nak beli benih sweet basil ni.?
BalasPadam