Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 16 April 2013

Soalan Pengunjung -- pokok Tulasi Diserang Kutu Hitam

Salam En Is,
Pokok tulasi saya diserang sejenis kutu berwarna hitam seperti dalam foto yang disertakan.  Bahagian daun/pucuk dihinggap kutu tu semua bertukar jadi keperangan, lama2 gugur sendiri.
Saya dah cuba sembur dengan campuran pencuci pinggan + minyak masak, tp xde apa-apa kesan.
Camane yea ..nk dikutip, terlampau halus.

Tulasi diserang kutu hitam.  Gambar milik Norzian <[email protected]> , jangan guna tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik gambar.
 --------------------------
Pastikan sukatan sebagaimana yang diberikan.  Larutan tersebut tidak bertindak seperti racun. Ia hanya melemaskan kutu hitam.  Sembur ke atas kutu hitam.  Jangan lupa sembur di permukaan bawah daun kerana kutu hitam juga mennyorok di permukaan tersebut.
Sembur sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut di sebelah pagi kerana di sebelah pagi serangga masih kurang aktif.

Rakan-rakan yang lain, ada idea bagaimana nak musnahkan makhluk ini tanpa menggunakan racun? 

7 ulasan:

  1. pokok tulasi saya pernah kena serangan ni...jahanam terus pokok...semua mati...pokok abis kering kontang..

    semburan organik tu pun x mampu nak musnahkan...or saya boleh cakap, dah terlewat...

    saya dah tanam semula tulasi ni...tp kali ni nampak macam xde dah serangan...cuma kalau dulu saya tanak berasingan, kali ni saya tanam satu kelompok dengan rosemary, selasih...so far xde serangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serangan pokok ini bermusim. Waktu sekarang waktu serangga tersebut membiak.

      Padam
    2. Kalau saya, akan tanam bawang dan selasih. Bak orang kata, mencegah lebih elok daripada mengubati.

      Padam
  2. Balasan
    1. Kalau dengan tulasi boleh juga dibuat begini. Selepas potong, baja secukuupnya dan siram dengan air yang sedikit tetapi kerap. Tunas baru akan tumbuh.

      Bakar ranting yang dikerap untuk musnahkan perosak serta telurnya.

      Padam
  3. salam tuan, kalau pokok labu kerat buang pokok2 yg menjalar jauh tapi tak berbuah tu, boleh tumbuh tunas lain ke.
    Terimakasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Kalau tanam untuk tuai pucuk, lepas tuai pucuk, letak baja nitro atau baja organik. Kalau nak bunga dan buah, letak baja fosfat dan buah kalium.l

      Padam