![]() |
Daun petola sarang boleh mengatasi masalah rambut gugur. |
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Rabu, 10 April 2013
Petua -- Mengubat Rambut Gugur, Daun Petola Sarang
Ini petua orang lama yang diturunkan oleh emak saya. Jika menghadapi masalah rambut gugur, ambil dua helai daun petola sayang dan di lumat-lumatkan dengan tangan dalam bekas berisi air. Air tersebut akan berbuih seperti air sabun. Basuh kepala (di kawasan rambut yang gugur). Amalkan setiap 3 hari sehingga masalah selesai.
Saya syakcara ini mujarab jika menghadapi masalah rambut ggugur kerana jangkitan fungus kerana saya pernah terbaca, daun petola sarang mempunyai sifat antifungus. Jika kepala botak kerana kketurunan, mungkin petua ini tidak berkesan. Tapi kalau nak cuba boleh juga -- ikhtiar kata mak saya. :). Kalau menjadi, habislah bisnes pembuat rambut palsu. :P
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kalau macam tu, Yun Nam pun boleh bungkus ni En. Is. ;> Boleh try nanti.
BalasPadam:)
Padampetola sarang tu lain ke dari petola biasa?
BalasPadamMungkin KuraKura maksudkan petola segi sebagai petola biasa.
Padamheeee betul! betul! saya maksudkan petola segi. hahaha x kenal nama petola daaaa.. tau makan je.
Padamhehe gulung tukar Yun nam...pokok petola saya sangat subur dan daunnya sangat lebat tapi sayang seribu kali sayang tiada buah.Suami saya dah pegang sabit semalam nak di tebasnya katanya ini petola jantan hehe tetapi sempat saya selamatkan ..ada petua tak agar berbuah.
BalasPadamBelum sampai waktunya tu. Sesetengah pokok tidak berbunga kalau ia rasa secure, terutamanya baja untuk pertumbhan pokok (daun) mencukupi. Ia hanya berbunga bila tergugat.
PadamMulakan dengan meletakkan baja untuk bunga, atau sembur baja foliar untuk bunga. Kemudian kurangkan menyiram supaya pokok bolting, atau cederakan pokok. Cara orang kampung, gunakan pisau, tikan (slit) tengah batang utama hampir dengan pangkal pokok dan masukkan kayu (ranting) saiz pensel menembusi batang dan balut. Hati-hati jangan sampai batang putus. Bila buat begitu pokok akan tergugat kerana bekalan nutrien dan air berkurang sedikit. Ia akan berbunga untuk mula hasilkan zuriat (benih/buah)dengan banyak.
masya Allah en is. suka dengan penerangan ini
Padamterimakasih tuan.Ilmu yg di perturunkan oleh orang lama, sangat berharga.
BalasPadamDaun petola biasa mujarab ke xtuan ? xreti la nk bezakan petola sarang ke x. tahu petola jer. ;)
BalasPadam