Lama saya berjanji nak letakkan posting tentang pembiakan
tumbuhan. Hari ini baru dapat mulakan. Kita cerita perlahan-lahan, setakat terdaya.
:) Posting saya kali ni agak terkebelakang
sikit, mungkin rakan-rakan ada maklumat terkini. maklum sajalah, saya belajar tentang pokok
secara formal dah lama dulu. Dalam
millennium yang lepas. Lama tu.... dah
seribu tahun. Masa tu komputer besor
besor lagi, macam dinosaur. Internet pun
baru tumbuh. Nama pun masa tu
ARPAnet. Nak dapatmaklumat, gi library,
buka microfilm. Ish ish ish lamanya....
Ni kira nota lamalah. Ilmu sentiasa berkembang. Saya yakin ada antara rakan-rakan yang tahu
jauh lebih banyak dengan maklumat terkini.
Jangan segan untuk tokok tambah supaya kita semua dapat manfaatkan. Saya akan sedaya upaya persembahkan secara
biasa-biasa biar rakan-rakan lebih mudah faham.
Maklum sajalah nota dulu-dulu bukan mudah nak faham, main hafal
saja. Ok berbalik kepada topik kita,
tentang pmbiakan tumbuhan....
Tumbuhan membiak melalui dua cara iaitu seks (ada
persenyawaan, pada tumbuhan kita sebut pendebungaan) dan secara aseks (tanpa
seks). Pembiakan secara seks melibatkan
bunga, jadi kita cerita tentang bunga dulu.
Pada satu pokok bunga bukannya sekuntum. Ada banyak, dan cara bunga tumbuh juga
berbeza. Kalau dalam bahasa botani,
disebut “inflorescence”.
Kalau nota yang saya hafal dulu, kalau terjemah, bunyinya
macam ni...
Organ untuk pembiakan tumbuhan berbunga ialah bunga, an
terdapat variasi dalam aturan bunga tersebut.
Ia disebut inflorenscence.
Saya pun ternganga, apa yang pensyarah maksudkannya... Kena
fikir sejenak baru faham. Habislah,
belum apa-apa pun dah pening. Lebih
kurangnya begini:
Satu inflorescence adalah satu jambak (himpunan) bunga yang
tersusun pada satu tangkai yang terdiri daripada ranting utama atau beberapa ranting (yang
tersusun dengan rumit). Ia terdiri
daripada pucuk atau putik yang mengandungi benih yang belum matang di dalam
putik bunga yang akan terbentuk dan berubah
(terubahsuai).
Perubahan pada putik bunga termasuk saiz, bentuk dan rupa,
yang tertumpu pada bahagian pembiakan atau cara pendebungaan.
Variasi dalam inflorescence adalah seperti berikut. Dalam istilah botani:
- Spike
- Raceme
- Compound racemes
- Corymb
- Umbel, dan
- Capitulum
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan