Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 9 April 2013

Menuai Bahagian 16 Daripada 20

Menyimpan Dalam Guri Beras
Tuaian buah yang belum ranum perlu diperam supaya masak. Tuaian sebegini biasanya tak elok disimpan di dalam peti sejuk. Ia elok disimpan dalam bekas khas yang kering.

 Kalau zaman saya kecil dulu, buah yang belum ranum, misalnya buah nona, ciku, dan mempelam disimpan dalam guri (tempayan) beras. Biasanya bila disimpan begini tikus tidak dapat masuk kerana bekas tertutup. Buah pula cepat ranum. Mungkin cara begini tidak lagi dipraktikkan lagi kerana orang tidak lagi menyimpan beras dalam kuantiti yang banyak.

Rumah orang sekarang tidak lagi mempunyai tempayan beras. :) Satu kaedah yang boleh digunakan untuk meranumkan buah ialah dengan menyimpannya dalam bekas bersama pisang yang telah ranum. Bahan kimia yang dibebaskan oleh pisang ranum mampu menyebabkan buah menjadi ranum.

Tapi kalau rumah masih ada guri beras, jangan pula diletakkan pisang ranum di dalamnya. Bimbang pisang ranum merembeskan cecair yang akan menyebabkan beras rosak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan