Ketika keluar bercuti balik kampung, risau juga kerana pokok yang ditanam depan rumah tidak dipasang sistem titis dengan timer. Maklum sajalah akhir-akhir ini cuaca panas terik. Bila kembali ke rumah tengah malam semalam, lega rasanya. Hanya ada beberapa pokok yang daun seperti terbakar kerana panas. Mungkin kerana akhir-akhir ini sentiasa hujan petang, kebanyakan pokok yang ditanam tidak terjejas.
Pokok kobis kelihatan semakin cantik. Cuma satu pokok ada tanda dimakan belalang.
 |
Pokok kobis dengan kesan daun yang dimakan belalang. |
 |
Pokok kobis dengan daun muda mula terkumpul untuk membentuk jantung/bola. |
 |
Pokok kobis yang ditanam dalam pasu. |
 |
Pokok kobis yang ditanam dalam bekas gabus. |
slm. seronoknya jumpa blog nih..saya tgh excited mnanam pokok sayur2an skrg...nak beli benih lobak putih boleh tak?
BalasPadamBoleh.
Padamslm. camna nak guna sistem titis dengn timer tu?
BalasPadamSaya pernah bincangkan dalam blog dulu.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2012/08/bekalan-air-di-musim-cuti.html
http://www.tanamsendiri.com/2012/03/layout-untuk-patch-belakang.html
En. Is akan alihkan pokok kobis atau biarkan saja?
BalasPadamPokok dah dialih dari bekas semaian. yang ini akan dituai daun mengikut keperluan.
PadamMaksud saya kobis yang dalam pasu.
BalasPadamYang dalam pasu dah tak dialih.
Padamsalam tuan,
BalasPadamsuburnya kubis ni.Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Daun dah beberapa kali dituai.
PadamJadi,daun kobis yg tak membentuk jantung tu pun boleh dituai dan dimakan ya encik is?barulah x membazir kan...tapi nampak macam keras sikit,betul tak?
PadamYa boleh makan.
Padamdah tya kat atas barulah sy terbaca pos tentang tuaian daun kobis en is... terlepas baca yg tu dulu... :)
Padamsalam, en Is, saya puan sakinah dari kuala kangsar. nak tanya, saya ada pesan benih dalam dua mgu le[pas, dan bayaran telah pun dibuat, tapi benihnya masih x sampai.
BalasPadamBenih serta tanah semaian telah dikirim pada 15 Mac melalui pos biasa. Dah 2 minggu lebih. :(
PadamSaya akan buat kiriman semula. Harap bersabar menunggu.
Salam En Is, saya ni kurang pandai menanam, sebelum ni saya pernah beli benih kubis sgn En is, tapi satu pn xmenjadi, frust sgt.,
BalasPadameffa jangan putus asa. Cuba lagi. Mungkkin kaedah menanam tak serasi. Bila dah jumpa kaedah yang serasi nanti macam-macam tanam menjadi.
Padammasya Allah...menjadi kobis en is ni
BalasPadamAlhamdulillah. Puas hati.
Padamsaya pernah terbaca tuan is menyifatkan daun kubis ni sebagai meaty.. tau lah rasanya bagaimana.. sebab 'baby kailan' yang dijual di pasar tu adalah kobis.. tak de kena mengena pun dengan kailan.
BalasPadamYa, ada yang jual kobis muda sebagai baby kailan. Kailan dan kobis adalah dari keluarga yang sama.
Padamsalam... bila nak ada benih kobis warna purple?
BalasPadamBaru saya tahu, maksudnya pokok kailan x wujud la.. Sb kailan berasal dr kubis.. :D
BalasPadamBaru saya tahu, maksudnya pokok kailan x wujud la.. Sb kailan berasal dr kubis.. :D
BalasPadam