Isnin, 8 April 2013

Gambar Hari Ini -- Kacang Golok Berbunga

Dah lama tunggu. Akhirnya kacang golok berbunga juga!
Pokok kacang ini sangat lasak. Saya tanam seberang jalan dan tak disiram.  Bulan lepas pula cuaca terik melampau.  Walaupun beberapa kali kering dan diserang siput pokok kacang golok tidak mengalah.  Dua minggu lepas, putik bunga kelihatan.  Sekarang dah mula berbuah.  Saya senyum sendiri, tanda gembira.

Alhamdulillah....

Tangkai bunga dengan putik buah.

Kacang golok, bunganya besar.... Cantik.


4 ulasan:

  1. Tumpang gembira dgn tuan. Cantik bunganya.

    BalasPadam
  2. hi..
    kacang golok ni kacang parang ker..
    yang jual dah goreng tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama. Biji kacangnya berbentuk bujur.

      Padam