Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 18 April 2013

Bunga Timun Padat

Saya perhatikan pokok timun yang ditanam dalam kotak gabus menghasilkan daun yang kecil dengan jambak bunga yang padat. Daun yang kecil mungkin disebabkan pokok menerima cahaya yang banyak, jadi tak perlu permukaan yang terlau luas untuk membuat makanan secukupnya.

Satu lagi kemungkinan, untuk kurangkan kadar kehilangan air melalui transpirasi. Bunga yang terlalu banyak juga kurang elok. Saya sepatutnya cubit buang sebahagian daripada bunga tersebut. Untuk batch seterusnya, saya akan pasang sungkup untuk kurangkan sedikit cahaya di waktu tengahari.

Bunga timun sedang mekar.  Terdapat terlalu banyak putik bunga pada satu jambak.

8 ulasan:

  1. Salam En.Is.Jika bunga berputik pd setiap dahan/tangkai adakah sama tk elok? Atau spt gmbr ini iaitu tumbuh byk di setiap tgkai/dahan?

    BalasPadam
  2. Pokok Timun sy ade yg lepas berbunga..hujung putik buah berwarna kuningcoklat...lama2 kecut dan gugur. Knp ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama ada tiada pendebunga atau kekurangan air.

      Padam
  3. Atau mungkin kekurangan baja? Bagus juga tindakan en. Iskandar mengurangkan bunga timun. Dapat hasilkan timun yang besar.

    Kalau dulu semasa tanam timun, selalunya jika timun yang tumbuh di pangkal akan dicabut. Dibiarkan timun tumbuh di tengah batang. Hujung pun dibuang kerana lambat sangat nutrien nak sampai di sana.

    BalasPadam
  4. Saya tanam timun atas rise bed sebab tanah asal adalah tanah liat. Taruk tanah dar nursery. Setiap hari siram dan seminggu sekali taruk baja tahi kambing yang dah proses. Namun pembesaran kurang memberangsangkan. Kenapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah berapa lama pertumbuhan perlahan?

      Padam
    2. Kalau ikutkan penjelasan, baja dan air mencukupi. Mungkin pertumbuhan akar terbantut kerana kekurangan oksigen atau terlebih cahaya kerana cuaca sekarang agak panas luar biasa. Ketika ulasan ini ditulis, cuaca suhu di tempat saya dah mencecah 34.5 darjah Celsius.

      Gemburkan tanah yang berdekatan dengan pokok, dan letakkan sungkup plastik untuk hadang cahaya terik ketika tengahari. Perhatikan pertumbuhan dalam 2 minggu.

      Padam