Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 8 April 2013

Benih Yang Jarang Dapat

Sebenarnya benih yang diperkenalkan dalam blog ini memang sukar diperolehi di tempat lain. kalau dapatpun, jenisnya taklah sebanyak yang ditonjolkan dalam blog ini.

Untuk professional grower, mereka tak ada masalah sebab mereka boleh pesan terus dari pembekal. Kalau orang macam kita yang menanam secara hobi, mana nak dapat. Kalau ada pun, tak terbeli.

Contohnya, kalau benih tomato ceri, ada yang harganya mencecah RM365 untuk beberapa gram sahaja. Kalau mampu beli pun, berapa jenis aja yang dapat dibeli. Inilah fungsinya blog ini. Memperkenalkan benih yang sukar ditemui pada harga yang mampu dibeli. Ini menjadi mungkin kerana sokongan rakan-rakan semua. Benih yang dibeli dipek semula da dijual dengan harga yang mampu oleh semua orang.

Akhir-akhir ini saya disua dengan benih yang jarang dijual dan sukar diperolehi. Kadang-kadang saya terdaya menolaknya. Tapi kalau dah minat menanam, mana terdaya kalau pembekal pujuk. Ambil juga kemudian resah sebab bimbang tak terjual. Antara benih yang dimaksudkkan ialah Labu Venus, cili Bolivian Rainbow, ciili Trinidad Moruga, tomato ceri Full house, Tomato King Kong, Sawi General, Sawi Warrior dan banyak lagi.

Minggu ini saya ambil 2 pek yang membuatkan saya berpeluh bila pembekal tekan cash register. "Kaching! Kaching!" Terbang seribu tapi bawak balik 20g benih extremely exotic. Hari ini, benih cili Tanglung (Oscar 603) dan Tomato Ceri Ruby.

Mem tanya,
"Berapa biji nak letak dalam pek?"

Alamak! Yang ini kena kira harga lain.

8 ulasan:

  1. blh "Kancing" gigi dgr harga he he heh...apa2 pun TERIMA KASIH atas usaha en. Is...melalui blog ini lah maka kami dpt sama2 merasa benih yg mmg mahal tu....kalo sorang2 mmg tak terbeli punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga pada AyaqSejuk kerana memberi sokongan yang padu.

      Padam
  2. dah order pagi ni baru baca pulak posting benih susah nk dapat....cam no?...kene la order lagi khannn...hehe.

    Terima kasih en.is sebb sudi kongsikan benih2 yang tak tercapai dek akal ada kewujudannya (ayat metafora sikit) :)

    BalasPadam
  3. anggap saja ini sebahagian untuk menghidupkan komuniti berkebun dalam malaysia.. :)

    lagipun benih yang eksotik dapat memang dianggap rare...

    BalasPadam
  4. Betul tu abg..mak ayah saya pun dah pening mana nak tanam benih2 pelik ni..saya x kira..saya nak tanam gak..biar org kampung di kwsn saya kenal benih2 yg sukar diperolehi ni..

    BalasPadam
  5. Iya Betul tu..korang..Yg pelik2 ni la kita kne tanam, tambah ilmu, thrill sket berkebun kn En.Is? :)

    BalasPadam