Selasa, 30 April 2013

Akar Terdedah Terkena Hujan

Di kawasan rumah, sekarang hujan setiap petang.  Akibatnya saya perhatikan lapisan atas tanah/medium tanaman telah dibawa air.  Akar jadi terdedah.  Di waktu tengahari pula panas.  Akar yang terdedah tersebut mengandungi akar halus seperti bulu-bulu meliputi akar rerambut.  Akar tersebut berfungsi menyerap nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.

Jika akar halus terdedah kepada cahaya matahari, ia akan mati kekeringan/kepanasan.  Pokok tersebut akan hanya mampu menyerap nutrien dengan kadar yang lebih rendah.  Ini menyebabkan pokok kekurangan nutrien.  Walaupun ditambah baja, ini tidak akan membantu.  Ia ibarat memberi makan kepada yang yang tak dapat makan kerana sakit, tiada gunanya.

Saya selepaskan masalah ini dengan menutup akar yang terdedah dengan tanah growmix yang digaul dengan serbuk kopi terpakai.  Selepas menutup akar, sembur dengan air untuk lembapkan tanah tersebut. 

Akar pokok terung panjang hijau terdedah selepas hujan.

Akar pokok kobis terdedah selepas hujan.

Akar rerambut penting kerana ia mampu menyerap nutrien, jika ia rosak, pokok akan gagal serap nutrien.

3 ulasan:

  1. Patutla pokokbunga anthrium sy mati....akrnye terdedah smsa cuaca panas...erm..

    BalasPadam
  2. kes ini banyak terjadi pada semaian saya.Terimakasih tuan kongsikan maklumat, kalau tanah tu campur hampas teh pun boleh ke?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Kita nak bina tanah yang menyelimuti akar yang terdedah tetapi cukup oksigen untuk merawat akar sehingga sistem akar kukuh semula.

      Padam