Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 30 April 2013

Stok Benih

Benih ulam raja, cili habanero dan trinidad moruga habis stok.

Benih terung telunjuk kini ada stok.  Benih baru saya terima ialah benih cili padi merah berjambak.  Benih F1.  Cantik dijadikan hiasan dan pedas.

Benih bunga matahari OP, bunga matahari giant, bunga matahari sunspot dan bunga matahari warna bercampur, serta bunga balung ayam kini ada dalam stok.

Akar Terdedah Terkena Hujan

Di kawasan rumah, sekarang hujan setiap petang.  Akibatnya saya perhatikan lapisan atas tanah/medium tanaman telah dibawa air.  Akar jadi terdedah.  Di waktu tengahari pula panas.  Akar yang terdedah tersebut mengandungi akar halus seperti bulu-bulu meliputi akar rerambut.  Akar tersebut berfungsi menyerap nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.

Jika akar halus terdedah kepada cahaya matahari, ia akan mati kekeringan/kepanasan.  Pokok tersebut akan hanya mampu menyerap nutrien dengan kadar yang lebih rendah.  Ini menyebabkan pokok kekurangan nutrien.  Walaupun ditambah baja, ini tidak akan membantu.  Ia ibarat memberi makan kepada yang yang tak dapat makan kerana sakit, tiada gunanya.

Saya selepaskan masalah ini dengan menutup akar yang terdedah dengan tanah growmix yang digaul dengan serbuk kopi terpakai.  Selepas menutup akar, sembur dengan air untuk lembapkan tanah tersebut. 

Akar pokok terung panjang hijau terdedah selepas hujan.

Akar pokok kobis terdedah selepas hujan.

Akar rerambut penting kerana ia mampu menyerap nutrien, jika ia rosak, pokok akan gagal serap nutrien.

Isnin, 29 April 2013

Gambar Hari Ini -- Cili Padi

Pokok cili padi dengan buah.

Pokok cili padi ini seperti bonsai, kecil dan telah berbuah.  Pokok cili padi tersebut disemai menggunakan keratan.  Oleh kerana umurnya telah matang, walaupun baru sebulan disemai, pokok terus berbuah.  Kalau diperhatikan pertumbuhan pokok agak perlahan, tetapi rupanya cantik jika dibuat hiasan.  Walauppun kecil buahnya tetap pedas.

Ahad, 28 April 2013

Tanam Sendiri -- Selasih/Kemangi/Tulasi/Sweet Basil

Selasih, kemangi dan sweet basil adalah herba beraroma yang popular digunakan dalam masakan kita.  Misalnya kemangi dijadikan ulam dalam laksam.  Baunya yang seperti lemon berempah memang enak.  Selasih pula enak dijadikan ulam dan dicicah sambal cili.  Semua jenis basil boleh dikeringkan, dihancurkan untuk dijadikan perisa makanan.
Daunnya yang dikeringkan enak juga dibuat teh. Biji herba ini kembang apabila direndam.  Ia digunakan sebagai ramuan di dalam minuman sirap dan air batu campur.
Herba ini disemai menggunakan biji benih atau menggunakan keratan batang.

Menyemai Dengan Benih
Rendam benih dalam air suam selama 2 jam.  Benih akan kembang diselaputi jeli putih.  Jeli ini lembap mempastikan benih mendapat bekalan air yang cukup ketika disemai.

Tanam 1 hingga 3 biji benih dalam lubang sedalam 1 cm.  Gunakan tanah growmix atau tanah pasir yang dicampur tanah atas (top soil).

Sembur tanah dengan penyembur untuk melembapkannya.

Pastikan tanah sentiasa lembap.  Benih akan bercambah dalam masa  4 hari. 

Jika semai dalam dulang atau di atas tanah, jarakkan lubang kira-kira 4 inci.

Mengalih
Alih pokok apabila terdapat 4 helai daun iaitu 2 helai daun benih dan 2 helai daun sebenar atau apabila akar memenuhi sel, iaitu 2 hingga 3 minggu selepas pokok bercambah.  Jika ingin tuai seluruh pokok, jarakkan lubang dalam 6 inci.  Jika ingin tuai secara kerat dan tumbuh lagi, jarakkan antara 45 hingga 60 cm.

Memangkas
Untuk rimbunkan pokok pangkas tunas utama apabila pokok mencecah 15 cm.

Menyiram
Jika tanam di atas tanah, siram sekurang-kurangnya 2 hari sekali.  Jika tanam dalam bekas, siram setiap hari terutamanya di sebelah pagi.

Merumput
Merumpat sekurang-kurangnya 2 minggu sekali atau apabila perlu, iaitu apabila kawasan ditumbuhi rumpai.

Makhluk Perosak
Pokok jarang diserang makhluk perosak.  Bagaimanapun terdapat serangga halus yang gemar menyerang herba ini.  Jika terdapat serangan, semburkan dengan larutan pencuci pinggan dan minyak masak selama 3 hari berturut-turut sehingga serangga tersebut tidak kelihatan lagi.

Cubit Buang
jika ingin tuai daun yang bersaiz besar dan rangup, cubit buang putik bunga yang tumbuh.

Membaja
Gunakan baja organik.  Tabur kira-kira 7.5 cm daripada batang 2 minggu sekali,.

Menuai
Tuai 38 hingga 50 hari selepas menyemai.

Menyemai Dengan Keratan
Potong ranting yang belum berkayu di sebelah petang.  Buang daun dan tinggalkan tunas sahaja.  Semai dalam lubang sedalam 2.5 hingga 5 cm.  Gunakan tanah growmix.  Lembapkan menggunakan penyembur.  Pokok akan berakar selepas 2 minggu.





Soalan Pengunjung -- Herba Pewarna

En Iskandar, Boleh tak bincangkan jenis herba yang digunakan sebagai pewarna serta senarai herba tersebut?
---------------------

Sebenarnya saya kurang mahir dengan penggunaan herba sebagai pewarna. Bagaimanapun kita boleh mulakan topik tersebut dan berkongsi maklumat. Saya tahu ada antara rakan pengunjung yang arif tentang pewarna kerana dalam kraftangan tempatan pewarna asli digunakan sebagai pewarna. Saya pernah lihat (ketika zaman kanak-kanak dulu) pewarna asli digunakan untuk mewarnakan jalur mengkuang sebelum dianyam menjadi tikar dan tudung saji. Bunga digunakan sebagai pewarna makanan. Ada akar digunakan sebagai pewarna kulit serta kerja kayu. Ada juga serangga (kekabuh) digunakan sebagai pewarna kulit.

Jumaat, 26 April 2013

Blog Walking -- Blog Di Sini Dalam Lingkaran Ini

Blog disinidalamlingkaranini
Hari ini ada sedikit masa terluang, dapatlah jenguk blog rakan-rakan yang berkebun di rumah.  Blog yang saya selalu singgah ialah blog Puteri Purnama iaitu "disinidalamlingkaranini".
Satu dari posting yang menarik perhatian saya ialah yang mempamerkan gambar labu manis Venus.
Saya sendiri menanam pokok tersebut merayap di tanah.  Pokok labu Venus cepat berbuah.  Pokok yang saya tanam mengeluarkan putik bunga tak sampai sebulan selepas benih disemai.

Jom, singgah ke blog Puteri Purnama di http://disinidalamlingkaranini.blogspot.com

Khamis, 25 April 2013

Buku Tanamsendiri Kini Di KL International Book Fair, PWTC

Buku koleksi home gardening dari tanamsendiri.com kini telah berada di pasaran.  Jangan lupa untuk dapatkannya di booth Fajar Pakeer Sdn Bhd. di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.

Buat permulaan ni, 3 buah.

Mudahnya Tanam Sawi, harga senaskah RM12.

Harga senaskah, RM29

Harga senaskah, RM29.
 

Rabu, 24 April 2013

Cambahan Baru Dalam Pasu

Akhir-akhir ini sibuk sedikit dengan tugas lain, jadi masa untuk menyemai agak terhad.  Lagipun ruang juga amat terhad.  Tapi dengan hujan setiap petang, rugi kalau tak menyemai benih baru.  Saya sempai semai beberapa jenis sawi dan kaiwan dalam ruang kosong pada pasu yang mengandungi terung, ulam raja dan kobis.




Pembiakan Tumbuhan Bahagian 1



Lama saya berjanji nak letakkan posting tentang pembiakan tumbuhan.  Hari ini baru dapat mulakan.  Kita cerita perlahan-lahan, setakat terdaya. :)  Posting saya kali ni agak terkebelakang sikit, mungkin rakan-rakan ada maklumat terkini.  maklum sajalah, saya belajar tentang pokok secara formal dah lama dulu.  Dalam millennium yang lepas.  Lama tu.... dah seribu tahun.  Masa tu komputer besor besor lagi, macam dinosaur.  Internet pun baru tumbuh.  Nama pun masa tu ARPAnet.  Nak dapatmaklumat, gi library, buka microfilm.   Ish ish ish lamanya.... Ni kira nota lamalah.   Ilmu sentiasa berkembang.  Saya yakin ada antara rakan-rakan yang tahu jauh lebih banyak dengan maklumat terkini.  Jangan segan untuk tokok tambah supaya kita semua dapat manfaatkan.  Saya akan sedaya upaya persembahkan secara biasa-biasa biar rakan-rakan lebih mudah faham.  Maklum sajalah nota dulu-dulu bukan mudah nak faham, main hafal saja.  Ok berbalik kepada topik kita, tentang pmbiakan tumbuhan.... 

Tumbuhan membiak melalui dua cara iaitu seks (ada persenyawaan, pada tumbuhan kita sebut pendebungaan) dan secara aseks (tanpa seks).  Pembiakan secara seks melibatkan bunga, jadi kita cerita tentang bunga dulu.

Pada satu pokok bunga bukannya sekuntum.  Ada banyak, dan cara bunga tumbuh juga berbeza.  Kalau dalam bahasa botani, disebut “inflorescence”. 

Kalau nota yang saya hafal dulu, kalau terjemah, bunyinya macam ni...

Organ untuk pembiakan tumbuhan berbunga ialah bunga, an terdapat variasi dalam aturan bunga tersebut.  Ia disebut inflorenscence.

Saya pun ternganga, apa yang pensyarah maksudkannya... Kena fikir sejenak baru faham.  Habislah, belum apa-apa pun dah pening.  Lebih kurangnya begini:

Satu inflorescence adalah satu jambak (himpunan) bunga yang tersusun pada satu tangkai yang terdiri daripada  ranting utama atau beberapa ranting (yang tersusun dengan rumit).  Ia terdiri daripada pucuk atau putik yang mengandungi benih yang belum matang di dalam putik bunga yang  akan terbentuk dan berubah (terubahsuai). 

Perubahan pada putik bunga termasuk saiz, bentuk dan rupa, yang tertumpu pada bahagian pembiakan atau cara pendebungaan.

Variasi dalam inflorescence adalah seperti berikut.  Dalam istilah botani:

  • Spike
  • Raceme
  • Compound racemes
  • Corymb
  • Umbel, dan
  • Capitulum


bersambung...

Selasa, 23 April 2013

Gambar Hari Ini -- Cili Padi Pelangi


Cili pelangi berubah warna.  Apabila ranum ia berwarna merah.

Buah cili pelangi ungu.


Isnin, 22 April 2013

Bunga Harum Sundal Malam Sedang Mekar

Bunga Harum Sundal Malam mekar di waktu malam, sama seperti bunga yang lazimnya berwarna putih yang lain.  Ia mempunyai bau wangi perfume yang paling semerbak di waktu malam.  Jika ditanam dari bebawang, kalau cukup baja, air dan cahaya, ia berbunga selepas 4 bulan disemai. 

Saya sedang baca cara-cara nak extract bau bunga ni.  Dulu zaman belajar biasa juga extract wangian melalui makmal organic chemistry.  Tapi di rumah mana ada alatan dan bahan kimia yang sesuai, jadi kena ubahsuai kaedah extract.  Kalau tak extract, saya pula sebab bunga mekar tak lama.

Bebawang yang rakan-rakan pesan akan dikirim hari ini melalui poslaju.  Untuk rakan-rakan yang belum pesan, saya ada 10 set lagi yang menunggu untuk dibawa pulang.  jangan ketinggalan.  Bunga ini banyak keistimewaannya.

Setangkai bunga harum sundal malam yang sedang mekar.

Mengemaskini Senarai Benih

Seminggu ini saya ada terima beberapa benih baru lagi, tapi tak sempat untuk kemaskini senarai. Diharapkan minggu ini semuanya selesai dan dapatlah rakan-rakan pamerkan sebarai dengan lebih selesa. Buat masa ini senarai benih yang ada dalam stok boleh dilihat dengan klik pada pautan "Posting Benih Untuk Dijual". Semua benih yang dipamerkan dalam posting ada dalam stok kerana benih yang tiada, posting akan dikeluarkan dari paparan. 

Posting Benih Untuk dijual

Hari ini, jika berkesempatan saya akan kemaskini senarai benih terung kerana saya ada terima beberapa baka yang baru.  Jika mencukupi, saya juga akan tawarkan set eksotik terung yang terdiri dari terung yang pelbagai saiz, bentuk dan warna.

Terung mini sejambak mempunyai saiz yang kecil.  Benih terung ini adalah antara koleksi benih baru tanamsendiri.com

Ahad, 21 April 2013

Cambahan Lobak Rosy

Lobak rosy adalah Lobak putih baka merah. Cambahan ini disemai 2 minggu terdahulu di dalam bekas semaian dan dialih ke dalam pasu pada minggu lepas. Walaupun pasu diletakkan di tempat yang panas, pertumbuhannya tetap galak.

Jumaat, 19 April 2013

Ulam Raja, Cosmos cauditus

Pokok ulam raja adalah daripada keluarga bunga Cosmos yang mempunyai bunga berwarna merah jambu.  Bila cuaca panas begini pokok menghasilkan daun yang lebih kecil dan pokok berbunga dengan lebih cepat.  Saya gemar tuai daun ulam raja untuk dibuat ulam cicah budu.  Memang enak.

Bunga ulam raja.

Pokok ulam raja cepat tumbuh.

Gambar Hari Ini -- Terung Bulat 933

Buah terung bulat baka 933.
Terung bulat enak jika dimasak kari.  Terung ini akan dituai dalam dua hari lagi.  Akhir-khir ini saya tidak semai pokok terung bulat yang baru.  Pokok ini adalah pokok tua yang telah renggeh.  Saya kerat ranting dan membaja semula, pokok bertunas dan berbuah semula.  Walaupun buah hanya sebiji, cukuplah untuk sekali makan.

Khamis, 18 April 2013

Bunga Timun Padat

Saya perhatikan pokok timun yang ditanam dalam kotak gabus menghasilkan daun yang kecil dengan jambak bunga yang padat. Daun yang kecil mungkin disebabkan pokok menerima cahaya yang banyak, jadi tak perlu permukaan yang terlau luas untuk membuat makanan secukupnya.

Satu lagi kemungkinan, untuk kurangkan kadar kehilangan air melalui transpirasi. Bunga yang terlalu banyak juga kurang elok. Saya sepatutnya cubit buang sebahagian daripada bunga tersebut. Untuk batch seterusnya, saya akan pasang sungkup untuk kurangkan sedikit cahaya di waktu tengahari.

Bunga timun sedang mekar.  Terdapat terlalu banyak putik bunga pada satu jambak.

Stok Benih -- Cili Wangi Habis Stok

Cili wangi telah habis stok.   Pesanan cili wangi akan diganti dengan cili padi jenis yang lain, harap maklum.

Selasa, 16 April 2013

Soalan Pengunjung -- pokok Tulasi Diserang Kutu Hitam

Salam En Is,
Pokok tulasi saya diserang sejenis kutu berwarna hitam seperti dalam foto yang disertakan.  Bahagian daun/pucuk dihinggap kutu tu semua bertukar jadi keperangan, lama2 gugur sendiri.
Saya dah cuba sembur dengan campuran pencuci pinggan + minyak masak, tp xde apa-apa kesan.
Camane yea ..nk dikutip, terlampau halus.

Tulasi diserang kutu hitam.  Gambar milik Norzian <[email protected]> , jangan guna tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik gambar.
 --------------------------
Pastikan sukatan sebagaimana yang diberikan.  Larutan tersebut tidak bertindak seperti racun. Ia hanya melemaskan kutu hitam.  Sembur ke atas kutu hitam.  Jangan lupa sembur di permukaan bawah daun kerana kutu hitam juga mennyorok di permukaan tersebut.
Sembur sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut di sebelah pagi kerana di sebelah pagi serangga masih kurang aktif.

Rakan-rakan yang lain, ada idea bagaimana nak musnahkan makhluk ini tanpa menggunakan racun? 

Menuai Bahagian 17 Daripada 20

Selain daripada menyimpan tuaian dalam bentuk yang segar, kita boleh awet supaya tahan lebih lama.  Antara kaedah awet yang lazim ialah menggaram, jeruk dalam cuka, jemur dan simpan dalam minyak zaitun.  Kaedah menggaram dan menjeruk mengubah rasa sayur.  Bagaimanapun ia lazimnya digunakan jika tiada bilik sejuk atau tempat menyimpan yang sesuai. 

Apabila digaramkan, air dalam sel sayur/buah keluar menyebabkan sel menjadi kering.  Mikroorganisma perosak tidak akan merosakkan sel yang kering yang pekat dengan garam kerana ia tidak sesuai untuk mikroorganisma membiak. 

Ahad, 14 April 2013

Kaji Selidik Tentang Kesedaran Taman Dapur

(Posting asal, Sabtu 30 Mac)
Mohon sokongan dari rakan-rakan pengunjung blog untuk mengisi borang kajiselidik tentang kesedaran taman dapur.  Satu satu daripada tujuan kajian adalah untuk mengetahui tahap kesedaran penduduk Malaysia tentang aktiviti taman dapur, khususnya mengenai faktor penggalak dan penghalang dalam melaksanakan aktiviti ini. Sebarang maklumat anda adalah SULIT.

Kajiselidik ini dilakukan oleh Dr. Fatimah Hassan & Prof. Madya Dr Main Rindam dari
Universiti Sains Malaysia.

Untuk mengisi borang kajiselidik, klik di sini.

Jumaat, 12 April 2013

Benih Untuk Dijual -- Tomato OP

Pokok tempatan yang tahan panas dan penyakit.  Buah yang dihasilkan bersaiz sederhana dengan rasa yang kuat.

Buah Tomato dari baka OP.

Setiap pek mengandungi 10 benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Tomato Ceri, Baka F1 Full House, 382

Benih Benih Tomato Ceri dari baka rimbun yang lebat buah.  Buah bersaiz kecil berwarna merah dengan isi yang lemak dan manis.  Sesuai dihidangkan bersama salad dan dibuat sambal.  Benih yang terhad dan sukar diperolehi.

Contoh buah yang dihasilkan yang ditanam di tepi pagar belakang rumah.



Setiap pek mengandungi 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10. 


Benih Tomato Ceri baka Full House.

Cara Memesan Benih

Gambar Hari Ini -- Bunga Harum Sundal malam

Sejambak bunga harum sundal malam yang bakal mekar.


Putik bunga harum sundal malam dah hampir mekar.  Bunga ini hanya akan mekar di waktu malam, dan baunya wangi, harum lembut.  Ya, baunya pun harum di waktu malam sahaja.


Stok Benih -- Sweet Basil dan Tulasi Habis stok.

Benih sweet basil dan tulasi (holy basil) telah habis stok.
Benih kemangi (hairy basil) tingga 5 pek sahaja.

Saya juga telah dapat stok benih selasih (thai basil) yang baru.  Basil ini dinamakan aromatik basil oleh mpembekal.  Boleh buat pesanan sebelum kehabisan.

Rabu, 10 April 2013

Tanam Kobis Depan Rumah

Bila tanam kobis, satu dari sasaran kita ialah bila kobis nak membentuk "kobis" atau "jantung."  Jika tinggal kawasan yang panas seperti di negara kita, ada jenis-jenis tertentu sahaja yang akan membentuk kobis.  Benih dari jenis tersebut ada dibekalkan di dalam blog ini.  Saya sendiri tak kisah sangat sebab daun kobis yang terbuka dan segar juga enak dimakan.  Kobis ini telah dituai beberapa kali.  Saya hanya kerat beberapa helai daun dari setiap pokok dan biarkan pokok terus tumbuh seperti biasa. 

Saya perhatikan, kobis, semakin dituai daunnya, semakin cantik bentuk pokoknya.  Sayur kobis segar, enak dimasak atau dicicah sambal sebagai ulam.  Saya tanam kobis dalam kotak gabus dan dalam pasu 10 inci (26 cm).  Tanah yang diguna, tanah campur (tanah liat dan pasir) yang dibeli di nurseri digaul dengan kompos dapur.  Pokok ini tidak lagi dibaja, hanya disiram setiap pagi. 

Tak susah jaga.  Cuma semasa kecil pokok diratah belalang.  Tapi itu bukannya masalah yang besar.  Saya cuma kutip belalang yang ditemui dan musnahkan.   Jom tanam kobis. 



Petua -- Mengubat Rambut Gugur, Daun Petola Sarang

Ini petua orang lama yang diturunkan oleh emak saya.  Jika menghadapi masalah rambut gugur, ambil dua helai daun petola sayang dan di lumat-lumatkan dengan tangan dalam bekas berisi air.  Air tersebut akan berbuih seperti air sabun.  Basuh kepala (di kawasan rambut yang gugur).  Amalkan setiap 3 hari sehingga masalah selesai.

Daun petola sarang boleh mengatasi masalah rambut gugur.
Saya syakcara ini mujarab jika menghadapi masalah rambut ggugur kerana jangkitan fungus kerana saya pernah terbaca, daun petola sarang mempunyai sifat antifungus.  Jika kepala botak kerana kketurunan, mungkin petua ini tidak berkesan.  Tapi kalau nak cuba boleh juga -- ikhtiar kata mak saya. :).  Kalau menjadi, habislah bisnes pembuat rambut palsu. :P

Selasa, 9 April 2013

Menuai Bahagian 16 Daripada 20

Menyimpan Dalam Guri Beras
Tuaian buah yang belum ranum perlu diperam supaya masak. Tuaian sebegini biasanya tak elok disimpan di dalam peti sejuk. Ia elok disimpan dalam bekas khas yang kering.

 Kalau zaman saya kecil dulu, buah yang belum ranum, misalnya buah nona, ciku, dan mempelam disimpan dalam guri (tempayan) beras. Biasanya bila disimpan begini tikus tidak dapat masuk kerana bekas tertutup. Buah pula cepat ranum. Mungkin cara begini tidak lagi dipraktikkan lagi kerana orang tidak lagi menyimpan beras dalam kuantiti yang banyak.

Rumah orang sekarang tidak lagi mempunyai tempayan beras. :) Satu kaedah yang boleh digunakan untuk meranumkan buah ialah dengan menyimpannya dalam bekas bersama pisang yang telah ranum. Bahan kimia yang dibebaskan oleh pisang ranum mampu menyebabkan buah menjadi ranum.

Tapi kalau rumah masih ada guri beras, jangan pula diletakkan pisang ranum di dalamnya. Bimbang pisang ranum merembeskan cecair yang akan menyebabkan beras rosak.

Isnin, 8 April 2013

Cili Pelangi telah habis stok

Cili pelangi telah habis stok. Benih yang ada hanya cukup untuk rakan-rakan yang telah pesan dan booking sahaja.

Harap maklum.  

Gambar Hari Ini -- Kacang Golok Berbunga

Dah lama tunggu. Akhirnya kacang golok berbunga juga!
Pokok kacang ini sangat lasak. Saya tanam seberang jalan dan tak disiram.  Bulan lepas pula cuaca terik melampau.  Walaupun beberapa kali kering dan diserang siput pokok kacang golok tidak mengalah.  Dua minggu lepas, putik bunga kelihatan.  Sekarang dah mula berbuah.  Saya senyum sendiri, tanda gembira.

Alhamdulillah....

Tangkai bunga dengan putik buah.

Kacang golok, bunganya besar.... Cantik.


Benih Yang Jarang Dapat

Sebenarnya benih yang diperkenalkan dalam blog ini memang sukar diperolehi di tempat lain. kalau dapatpun, jenisnya taklah sebanyak yang ditonjolkan dalam blog ini.

Untuk professional grower, mereka tak ada masalah sebab mereka boleh pesan terus dari pembekal. Kalau orang macam kita yang menanam secara hobi, mana nak dapat. Kalau ada pun, tak terbeli.

Contohnya, kalau benih tomato ceri, ada yang harganya mencecah RM365 untuk beberapa gram sahaja. Kalau mampu beli pun, berapa jenis aja yang dapat dibeli. Inilah fungsinya blog ini. Memperkenalkan benih yang sukar ditemui pada harga yang mampu dibeli. Ini menjadi mungkin kerana sokongan rakan-rakan semua. Benih yang dibeli dipek semula da dijual dengan harga yang mampu oleh semua orang.

Akhir-akhir ini saya disua dengan benih yang jarang dijual dan sukar diperolehi. Kadang-kadang saya terdaya menolaknya. Tapi kalau dah minat menanam, mana terdaya kalau pembekal pujuk. Ambil juga kemudian resah sebab bimbang tak terjual. Antara benih yang dimaksudkkan ialah Labu Venus, cili Bolivian Rainbow, ciili Trinidad Moruga, tomato ceri Full house, Tomato King Kong, Sawi General, Sawi Warrior dan banyak lagi.

Minggu ini saya ambil 2 pek yang membuatkan saya berpeluh bila pembekal tekan cash register. "Kaching! Kaching!" Terbang seribu tapi bawak balik 20g benih extremely exotic. Hari ini, benih cili Tanglung (Oscar 603) dan Tomato Ceri Ruby.

Mem tanya,
"Berapa biji nak letak dalam pek?"

Alamak! Yang ini kena kira harga lain.

Benih Untuk Dijual -- Cili Padi Merah Pedas

Benih cili padi baka F1 yang menghasilkan buah ranum yang merah menyala.  Ia menghasilkan buah yang sangat pedas.  Pokok tahan cuaca panas, tahan penyakit, serta menghasilkan buah yang lebat.
Satu pek mengandungi 10 benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.


Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Padi F1, Baka 104

Benih cili padi yang apabila ranum berwarna merah dengan rasa yang hangat. Cili padi ini panjang sedikit dari cili padi biasa.  Cili ini tahan penyakit dan sesuai ditanam di kawasan panas.

Satu pek mengandungi 10 benih.  Lima pek dijual dengan harga RM10.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah Singapura

Benih cili merah yang pedas dari baka OP berasal dari Singapura. Cili panjang dengan isi yang tebal serta tahan penyakit.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah Pedas (OP)

Benih cili merah yang pedas dari baka OP iaitu pendebungaan terbuka. Cili panjang dengan isi yang tebal serta tahan penyakit.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah MC11

Cili Merah baka MC11 bercambah dalam masa 1 minggu selepas disemai.  Benih tahan penyakit dan buah sederhana pedas. 

1 pek mengandungi purata 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah F1, Baka 937

Cili Merah 937 adalah cili merah pedas baka hibrida.  Cili ini mempunyai saiz yang sederhana dan tahan penyakit.

 Setiap pek mengandunngi 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Yong Peng, Baka F1, 933

Cili Yong Peng adalah cili merah pedas baka hibrida.  Cili in mempunyai isi yang tebal dan pedas.  Cili ini popular di kalangan petani, kini anda boleh tanamsendiri.

  Setiap pek mengandunngi 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.


Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Kecil Super Hot

Cili bersaiz 1 1/2 inci hingga 2 inci, berbentuk halus panjang, berwarna merah bila ranum.  Cili ini besar sedikit daripada cili padi dengan rasa yang pedas. Sesuai untuk dibuat sambal pedas terutamanya sambal ikan bilis.

Setiap pek mengandungi 10 benih secara purata.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Ahad, 7 April 2013

Semaian Baru -- Lobak Rosy

Satu lagi benih yang istimewa yang sukar ditemui -- Lobak Rosy, Raphanus sativus.  Lobak ini adalah dari keluarga yang sama dengan lobak putih, cuma warnanya merah jambu.  Benih yang saya semai, bercambah dalam masa 24 jam.  Cambahan ini berumur 4 hari.  Bila dah ada 4 helai daun, saya akan alih cambahan ini.  mungkin dalam 1 hingga 2 minggu lagi.  Benih ini dah lama saya nantikan.  Ia cantik tapi rasanya seakan-akan lobak putih.  Enak kalau digoreng bersama bawang putih, dibuat sup, dijadikan rencah mee goreng dan macam-macam lagi.

Harga benih mahal sedikit berbanding lobak putih tapi masih menguntungkan. 1 pek mengandungi 20 benih.  Biasanya dalam 80% menjadi, jadi daripada 20 benih, secara kasar 16 akan berjaya dituai.   Saya rancang nak tanam selang seli dengan lobak putih supaya taman rumah nampak menarik.

Benih terhad dan sukar diperolehi.  Jangan tunggu lama, bimbang kehabisan.

Cambahan Lobak rosy, 4 hari selepas disemai.

Semaian Baru -- Cili Pelangi

Bulan ini banyak benih baru yang sukar ditemui ditempat lain.  Cambahan ini, saya semai 2 minggu sebelum gambar diambil.  ia diletak di tempat cerah, jadi pokok renek dan padat.  Cili pelangi ini berasal dari Bolivia.  Benih tak banyak, walaupun begitu saya dah semai dan jual benih dari pokok yang kami semai.  Dapatlah dikongsi lebih ramai.  Harga tak naik.  Sama juga, 1 pek RM2. 

Selain dari dibuat hiasan, cili pelangi pedas, tahap sama dengan cili padi tempatan.  Kira dwifungsi lah; sebagai tanaman hiasan dan tanaman makanan.  Memang puas hati tanam cili ini. 

Yang menarik tentang cili ini, bukan sahaja buahnya bermula dengan warna ungu pekat, daun benihnya juga berwarna ungu.  Benih bercambah dalam masa 4 hari selepas saya semai.  Sungguh bernas.

Cambahan cili pelangi, 2 minggu selepas disemai.


Jumaat, 5 April 2013

Tentang Kiriman Poslaju

Kiriman poslaju dan pos berdaftar pada 4/4/13 tidak dapat dibuat kerana sistem komputer di pejabat pos Semenyih telah down. Kiriman akan dibuat petang ini.

Selasa, 2 April 2013

Benih Untuk Dijual -- Betik Kampung

Betik Kampung adalah betik yang menghasilkan buah yang lebat, besar dan mempunyai isi yang manis.  Benih adalah dari jenis hermaphrodite, iaitu yang menghasilkan buah yang lebat kerana bunga yang terdiri daripada bahagian jantan dan betina.



Pokok betik kampung dengan buah yang lebat..

1 pek mengandungi 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10. 

Cara Memesan Benih

Warisan Labu Manis Besar

Baru-baru ini sahabat gardening saya kehilangan bapa mertua.  Mendiang terkenal sebagai Uncle Pumpkin Besar kerana labu manis yang ditanamnya besar-besar belaka.  Katanya, apabila bapa mertua tanam labu, dia akan gali lubang dengan diameter 3 kali dan dalam 2 kali serta dipenuhkan dengan tinja lembu.  Apabila bahan organik dah reput elok, baru dialih cambahan labu manis.

Setelah meneliti peti besi milik mendiang, satu dari rahlia labu besar terbongkar.  Sekarang ia tidak lagi menjadi rahsia.  Mendiang menggunakan benih labu manis khas yang sememangnya terkenal mampu menghasilkan labu manis terbesar di gunia, iaitu baka Atlantic Giant.  Satu paket dari benih tersebut telah diserahkan kepada saya untuk disemai.

Nah lihatlah sendiri!

Pek benih yang mengandungi benih labu manis dari baka yang terbesar di dunia -- Atlantic Giant.

Stok Benih -- Benih Terung Telunjuk Habis Stok

Benih terung telunjuk telah habis.  Ia akan dikeluarkan daripada senarai.  Untuk rakan-rakan yang telah memesannya, saya akan ganti dengan benih terung panjang hijau.


Soalan Pengunjung -- Mengapa Sawi Berbatang Ungu

Salam,

Saya ada tanam sawi pak choy dalam bekas kecil. Satu pokok dalam satu bekas. Sekarang ini batang sawi bertukar menjadi ungu. Dalam nota nutrien tumbuhan tanamsendiri.com, cuma ada disebut daun yang bertukar menjadi ungu, tapi tiada disebut tentang batang. Jadi apakah sebab nya bila batang yang bertukar menjadi ungu?

En. Is ada beritahu yang sawi itu kekurangan mikronutrien, boleh jelaskan mikronutrien yang mana yang diperlukan?

Thanks.

--------------------------

Soalan Pengunjung -- Pokok Layu Walaupun Disiram

Salam..en.is, saya nk tanya sikit, saya ada beli pokok pudina, masa beli tu subur sangat, daunnya pun besar2, tapi lepas 2 minggu batangnya mula lembik, daunnnya tak segar, kenapa yek?..sama juga dengan pokok thyme dengan selasih...
Saya jirus sekali satu hari, kalau haritu panas sangat saya jirus 2 kali, letak pun tepi tingkap yang kena cahaya matahari, apa yang saya perlu lakukan dengan  pokok2 yg mcm nak mati tu?..mintak bantuan en is...
---------------------
Rakan-rakan, boleh kenalpasti bila pokok mula menjadi layu?

Isnin, 1 April 2013

Gambar Hari Ini -- Kobis

Ketika keluar bercuti balik kampung, risau juga kerana pokok yang ditanam depan rumah tidak dipasang sistem titis dengan timer.  Maklum sajalah akhir-akhir ini cuaca panas terik.  Bila kembali ke rumah tengah malam semalam, lega rasanya.  Hanya ada beberapa pokok yang daun seperti terbakar kerana panas.  Mungkin kerana akhir-akhir ini sentiasa hujan petang, kebanyakan pokok yang ditanam tidak terjejas.

Pokok kobis kelihatan semakin cantik.  Cuma satu pokok ada tanda dimakan belalang.

Pokok kobis dengan kesan daun yang dimakan belalang.

Pokok kobis dengan daun muda mula terkumpul untuk membentuk jantung/bola.

Pokok kobis yang ditanam dalam pasu.

Pokok kobis yang ditanam dalam bekas gabus.

Senarai Benih Untuk Dijual

Senarai Benih Untuk Dijual Sedang Di Kemaskini.  Untuk posting benih untuk dijual, sila klik pautan ini.  Semua benih yang tersenarai ada dalam stok kami.

http://www.tanamsendiri.com/search/label/benih%20untuk%20dijual

Soalan Pengunjung -- Beli Pokok Terung Yang Telah Berbuah

Salam En. Is,
Saya nak tanam terung tapi lama sangatlah ambil masa untuk berbuah.  Dah dua kali cuba tanam, semua mati kering masa kecil lagi.  Boleh tak saya beli aja pokok terung yang dah berbuah kat nurseri?  Bimbang pula takut pokok mati bila alih.

-------------------------------
Waalaikum salam,
Pokok terung adalah dari jenis sayur buah.  Ia mengambil masa yang lama untuk mendapat hasil berbanding sayur daun.  Jika merasakan sukar untuk menanam terung dari benih, elok juga kalau beli pokok yang  hampir matang.  Walaupun mahal berbanding benih, waktu menunggu pokok mendatangkan hasil lebih cepat dan lebih mudah dijaga.

Cuma, dari pengalaman saya, jika ada pilihan, pilih pokok hampir matang yang belum berbunga atau berbuah.  Elakkan pokok yang sedang berbuah.

Ini kerana, apabila pokok dialih, sebahagian daripada akar akan cedera.  Pokok perlukan nutrien yang banyak untuk membaiki (memulihkan) akar dan bahagian pokok yang rosak.  Sedangkan ketika itu akar rosak yang sistem akar belum mantap.  Jika pokok sedang berbunga atau berbuah, bunga dan buah juga perlukan banyak nutrien air dan sumber lain.  Ini menyebabkan pokok kehausan dan kelaparan.  Buah serta bunga tidak akan lekat dan pokok sendiri akan mati kehausan/kelaparan kerana sumber nutrien dan air tidak mencukupi.

Sebab itulah jika pokok yang sedang berbuah dialih selepas beberapa hari pokok akan menjadi layu dan bunga serta buah mula luruh.   Bila semua bunga dan buah luruh, pokok dapat tumpukan segala sumber untuk pulih dan apabila sistem akar mantap barulah pokok berbunga dan berbuah semula.  Itu jika anda bernasib baik.  Kadang-kadang pokok akan mati kehausan sebelum sempat pulih.

Jika pokok tiada bunga atau buah, segala sumber dan tenaga dapat digunakan untuk membina sistem akar yang mantap.  Kemudian pokok akan subur dan menghasilkan bunga dan buah yang banyak.