Saya tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Dr H, dalam posting tentang cara melawan bena.
Ulasan tentang bena oleh Ulasan Dr H
Kalau aphid, tabur kulit pisang atau kulit oren, tutup dengan
mulch...ada orang puteh kata tempat tompok aphid tu gantung kulit limau
yang dicaritkan sedikit...kononnya bertempiaran lari si aphid...lain yg
saya dapat semburkan campuran soda bicarb dan air (ini lebih untuk downy
mildew)..tak tau apa bezanya..semua nampak putih aje...kalau En Is
boleh beri ulasan bagus juga...lagi satu epsom salt dilarutkan dalam air
dan buat foliar spray.
-----------------------------
Saya kurang faham dengan "tabur dan tutup dengan mulch (sungkup)." Jika tabur atas tanah, ia mungkin untuk membunuh aphid yang ada dalam tanah. Tapi aphid berada di atas tanaman. Kalau ditutup pula dengan sungkup, biasanya jerami atau bahan organik yang lain, bukankah ini menjadi laluan aphid untuk merebak ke seluruh tanaman?
Tentang aphid "lari" dari bau limau, ini mungkin benar tapi kulit limau menambah keasida tanah, dan tanah berasid digemari aphid. Pada pendapat saya jika ingin hapuskan bena dalam tanah, tabur kapur kerana bena dan aphid tidak gemar tanah neutral atau pH tinggi.
Tentang membunuh kulat menggunakan soda bikarbonat, ia mungkin bertindak sebagai buffer atau penimbal. Bila pH hampir kepada neural, kulat tidak dapat tumbuh. Di India, petani gunakan Coke (Coca Cola) sebagai pestisid, iaitu untuk membunuh bena dan kulat. Ya, ia berkesan... tapi pihak Coke pasti akan gembira sebab tambah satu lagi kegunaan minuman tersebut. Seeloknya gunakan dari jenis diet, untuk elakkan gula menjadi penarik perosak yang lain pula.
Sebenarnya, kalau nak lawan makhluk perosak hingga ke tahap ini, pada pendapat saya, elok guna racun perosak sahaja.
Kalau berkebun secara organik, kita gunakan sistem buddy untuk menguruskan makhluk perosak. Saya gunakan perkataan uruskan, bukan bunuh sebab dalam satu komuniti penanaman organik, makhluk perosak juga ada manfaatnya. Setiap organisma ada fungsinya.
Oh ya, garam epsom atau nama sainsnya magnesium sulfat digunakan sebagai baja, bukan pestisid.
Saya sekarang guna semburan [email protected] dan seaweed. saya baru gunakan lepas nampak tanda aphid 2 minggu lepas. alhamdulillah, dah boleh dikatakan pokok-pokok cili, basil dan sayuran lain selamat dan xnampak lagi perosak tersebut, walaupun mungkin masih baru. saya gunakan sistem buddy macam yang en Is sarankan, dan pada masa yang sama spray apa yang patut. mencegah lebih baik..
BalasPadamYa, minyak neem memang sesuai untuk menghalang serangga perosak.
Padamen. is kiriman sudah sampai.
BalasPadamAlhamdulillah. Happy gardening.
PadamAphid di bunga raya saya jenis gagah agaknya, saya cuba macam2, akhirnya apple cider vinegar 1:3 air; menjadi...dan belalang pun takut nak mai dekat nak makan daun...saya rasauntuk pokok daun keras macam bunga raya okay kot, belum cuba pada sayur..hari tu saya cuba garlic, lada, soda bicarb, sabun, minyak, tukar2 kombinasi...tak jadi..
BalasPadamSemut pun takut campuran cuka, tapi perlu full strength jika nak break trail dia...kawan En Iskandar iaitu kerengga tak takut pun..:-)
nak tambah sikit; bena kat pokok bunga saya tak kisah langsung dengan neem...basah kuyup pokok kena siram dgn neem...dia dok menyalut juga dahan pokok.
BalasPadammungkin serangga tu dah banyak, ataupun aphid jenis lain. tapi saya spray bagi tujuan menghindar..mungkin juga campuran seaweed buat aphid tu lari..saya baca dua-dua (seaweed dan neem) boleh cegah aphid. tu yang spray dekat pokok kegemaran dieorang. lagipun banyak lagi benefit bila pakai dua ni..untuk kawalan serangga perosak lain, seaweed ada mineral yang biasa baja biasa xdapat bagi etc..
PadamEn Mohd Fatah; terima kasih atas info. Beli seaweed jenama apa dan di mana ya? Saya dok mencari-cari sebab nak masukkan dalam media tanaman sayur untuk tambahkan zat secara tidak direct kepada pemakanan...walaupun begitu siput amat suka dengan seaweed...kalau kita beli kelp pun okay tak? Atau kita larutkan agar-agar yang buat kueh tu...he he boleh tak? Dulu terbaca satu orang recommend agar-agar kueh tu.
PadamMemang bunga raya saya diserang peringkat parah, hampir maut...Alhamdullilah pokok tu tahan kena sembur dengan cuka campur air...semut-semut pun tak berani mari.
Saya tertarik dng info bagaimana nak elak serangan perosak. Nak cuba juga. Sebelum ni macam2 cara guna tetap gagal. Belalang pun banyak. Terung , peria,bendi dan cili tak menjadi. Pokok cili akarnya hilang. Ada ulat dlm pasu /polibeg.
BalasPadamSaya tertarik dng info bagaimana nak elak serangan perosak. Nak cuba juga. Sebelum ni macam2 cara guna tetap gagal. Belalang pun banyak. Terung , peria,bendi dan cili tak menjadi. Pokok cili akarnya hilang. Ada ulat dlm pasu /polibeg.
BalasPadam