Khamis, 14 Mac 2013

Tuaian Hari Ini -- Sayur Sawi, Kobis, Bendi, Bunga Telang, Bunga Timun dan Selasih

Akhir-akhir ini panas terik.  Sayur daun menghasulkan daun dengan padat terutamanya sawi renek christmas green.  Ingin tuai seluruh sawi tapi belum semai batch baru.  Bimbang mati kepanasan. :)  Jadi hari ini saya hanya tuai daun untuk kurangkan daun tumbuh terlalu padat.  Selain dari itu saya juga semai daun kobis (belum membentuk jantung/bola), bunga telang, bunga imun (dibuang bahagian tampuk kerana ada duri halus), sawi bunga hong kong, bendi, dan selasih (dibuat teh).


Daun kobis, daun sawi christmas green, kobis bunga hong kong, selasih, bendi, bunga telang, bunga timun menjadi tuaian hari ini.

Sayur sangat rangup dan segar.  Tak sabar nak nikmati segera.  Sawi bunga, bunga telang, bunga timun dan bendi dimakan cicah sambal kicap (kicap pekat manis dicampur cili dan bawang putih yang dilumatan dan diperam dalam balang kaca) dihidang bersama teh selasih.  Puas...



12 ulasan:

  1. bendi tu makan mentah cicah cabai cili ka? Tak rebus dulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, saya petik, basuh, terus makan.

      Padam
  2. salam, bunga timun boleh dimakan rupanye? baru tau ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buang bahagian tampuk sebab ada bulu seperti duri. Saya ambil bunga jantan sahaja.

      Padam
    2. saya pun baru tahu boleh dimakan.. Bunga petola sarang rupanya lebih kurang.. boleh dimakan juga ke?

      Padam
    3. Saya tak pasti. Yang pasti kelopak labu manis boleh.

      Padam
  3. keratan sweet basil & mulberi ada lagi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, saya nak.. dan nak tambah benih cili kapsikum merah+kuning,tomato cherry,lobak putih.brp harga ye?nanti saya bank in pyment ptg ni

      Padam
    2. Ok, lepas buat payment, [email protected] emel maklumat pesanan ke [email protected]

      Padam
    3. jumlah harga?termasuk kos pos express

      Padam
    4. Untuk keratan, 1 set setiap jenis, RM20, benih 4 pek, RM8 dan kendalian poslaju, RM10. Pos ekspress untuk dokumen sahaja. Saya pernah guna tapi kiriman dikembalikan.

      Padam