Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 23 Mac 2013

Tentang Timun


Benih bercambah dalam masa 6 hingga 9 hari.
Jika tanam atas tanah, tabur pellet siput kerana siput suka makan cambahan timun.
Satu pokok menghasilkan 10 buah sepanjang hayatnya.
Waktu tuaian, 12 hingga 14 minggu selepas menyemai.
Benih tahan hingga 6 tahun.
Perlukan air yang berterusan terutamanya apabila berbunga dan berbuah.
Untuk dapatkan pokok yang rimbun, buang pucuk utama apabila pokok mempunyai 6 atau 7 helai daun.

Pokok timun ditanam dalam bekas gabus.

Benih timun tanamsendiri:


6 ulasan:

  1. Best tanam timun ni, bila bunga dia dah didebungakan, buah dia cepat betul besar, dalam satu hari dia berganda dua saiz, 5 hari dah besar 300gm. Pokok dia pun kemas cara menjalarnya. Cuma suspense takut kena jangkitan virus yang buat pokok layu...En Iskandar boleh ulaskan tanda2 awal penyakit dan apakah antidote nya jika disyakki mendapat jangkitan.

    BalasPadam
  2. En Iskandar, timun tun tu adakah dia jenis tak menjalar macam zucchini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timun dari jenis menjalar. Saya tidak pasang pancang. Pokok saya pankas pucuk utama supaya merimbun di tanah. Pokok ditanam dalam kotak gabus.

      Padam
  3. Timun saya dah elok menjalar..tp kebabuh timun tgh bermaharajalela. Bagaimana En.Is? Berkesankah guna Racun Organik resipi En.Is dlm blog ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya berkesan. Tapi ramuan untuk memusnahkan kekabuh bila kena sembur. Ia tidak mengandungi racun. Jadi perlu sembur beberapa hari secara berterusan di atas kekabuh sehingga semua kekabuh mati.

      Padam