Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 14 Mac 2013

Solan Pengunjung -- Perlukah Alih Pokok Ubi Kentang?

Salam,

Saya ada semai sebiji kentang dalam bekas minyak masak. Sekarang pokok sudah membesar seperti dalam gambar. Apa yang perlu saya buat? Adakah dibiarkan sahaja, atau saya perlu alihkan ke tempat lain?

Sekian
Norsita

Gambar pokok kentang, gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>

Gambar pokok kentang, gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>

Gambar pokok kentang, gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>

-----------------------------------------------
Waalaikum salam,
Ubi kentang perlukan bekas yang dalam.  Boleh dialih tapi pastikan akar tidak rosak atau tercdera.  Gunakan bekas yang besar dan dalam.  Apabila pokok mula membesar tambah tanah mengikut keperluan.  Tutup semua ubi yang terdedah kerana ubi yang terdedah kepada cahaya matahari (kulit hijau) beracun.

Saya gunakan beg kitar semula yang dijual dipusat membeli belah.  Guni yang dikerat dua juga sesuai.  Isikan tanah yang kaya dengan organik sedalam 15 cm (6 inci) dan semai ubi yang mengandungi tunas.  Jika guna beg kitar semula tebuk lubang supaya air tidak bertakung.  Bila pokok makin besar saya tambah tanah yang kaya dengan organik.  Bila tanah dah penuh bekas, saya biarkan pokok terus tumbuh hingga ia mula layu.  Bila pokok mula layu, saya keluarkan tanah daripada bekas dan kutip ubi kentang.  Satu bekas boleh dapat sebakul ubi kentang.  Berbaloi!


10 ulasan:

  1. saya pun ada tanam di dalam polibeg 16"x16" dan masih x cukup ruang.. saya rasa saya akan pindahkan ke dalam guni penuh dengan hampas sawit... orang putih sarankan supaya kita menggunakan bekas berkapasiti 5 gallon (22 liter?) kalau menanam kentang secara container...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih gemar guna reusable bag yang dijual di pasaraya. Tanah organik ditambah sedikit-sedikit mengikut saiz pokok.

      Bekas air yang Norsita guna agak kecil untuk pokok ubi kentanng kerana ubinya yang banyak perlukan banyak ruang. Kalau nak diarkan begitu pn boleh, cuma pastikan ubi tidak terdedah. Jika ubi terdedah, ia berwarna hijau. Jangan makan ubi kentang hijau kerana ia beracun.

      Padam
    2. Betul En Is, hijau itu beracun; dulu saya tak tahu, menjak berkebun dan membaca baru lah tau

      Padam
    3. Orang kampung saya kata kalau makan ubi kentang terdedah cahaya (yang warna hijau) kena kepit perut. Perut memulas keracunan seperti makan telur tercemar. Sakit..... Saya tahu sebab dulu ayah pernah tanam. Saya malas gali dalam untuk dapatkan ubi. Saya ambil yang di permukaan. Ayah dua tiga kali tanya nak make sure saya tak ambil yang beracun. Lepas makan kena kepit perut. Adusyyyyy serik. Tahan sehari dua juga melolong kesakitan. Masa tu sakit sikit sikit mana ada hantar spital.

      Padam
    4. Saya memang bercadang nak alihkan ke tanah, tapi saya ada soalan yang agak naif la. Saya semai dari sebiji kentang dapat 3 pokok. Bila sudah membesar seperti dalam gambar, adakah pokok² itu masih bercantum dari sebiji kentang atau sudah terpisah menjadi pokok sendirian? Boleh kah saya alihkan dan tanam secara berasingan?

      Padam
    5. Ya, ia boleh dipisahkan. Kalau perhati pada akar ada bahagian yang bengkak. Bahagian tersebut akan menjadi ubi.

      Padam
  2. Tanam dalam bekas tinggi, bila batang dia naik tutup dengan tanah sehingga ke atas, macam dalam u tube ini...soalan dan jawapan yang mengiringi juga membantu
    http://www.youtube.com/watch?v=Q3zoVolI-Sw

    BalasPadam
  3. salam tuan, berapa biji ubi yang perlu disemai dlm guni y macam tuan cakap tu ? berminat nk tanam kentang =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak tempat gelap dan kering dulu hingga tumbuh tunas. Satu ubi dah cukup.

      Padam
    2. satu ubi boleh hasilkan sebakul ubi ?

      Padam