Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 1 Mac 2013

Soalan Rakan Tanamsendiri -- Benih Dahlia Tidak Bercambah

1. Dahlia.

Saya dah semai benih dahlia ikut arahan dalam cara menanam. Tapi lepas 2 minggu masih tiada perubahan. Saya guna tanah campur, saya beli di nurseri yang memang untuk semaian awal.

Saya ada buat silap ke? Ini cubaan kedua. Semuanya gagal. Benih pun sudah habis.

2. Buncis.

Kenapa daun buncis berlubang-lubang? Ada sesetengah nya warna kuning. Kurang baja ke?

Ada tak cara nak bagi protein pada pokok tapi kalau boleh tak nak seluruhnya guna baja kimia.

Thanks.

8 ulasan:

  1. Benih bunga matahari saya beli dari En. Is pun cuma 2 bercambah tapi malangnye bila pokok dah besar 3cm kene rembat dgn belalang!! Aduhai...sedekah ajalah kat dia..benih yg lain reput..belum rezeki sayalah tu... apa apa pun benih peria OP yg En. Is hantar tu dah bercambah! sukanyer......sebelum ni kesemua 15 biji yg saya beli ditempat lain semua gagal belaka. Timakacih En. Is semoga dilimpah rezeki utk En. Is sekeluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih matahari saya pun mengalami kegagalan. Dalam 10 biji saya semai semua tidak menjadi. Ada lagi satu peket, simpan bila saya dah yakin nak semai.

      Padam
  2. Ha....lupa... cuba tgk kt belakang daun yg berlubang tu. Hari tu pokok kacang pnjg dgn peria katak yg saya tanam pun byk lubang...bila diperhati dgn teliti rupanya ada ulat beluncas kenyang kat belakang daun tu...gemok you!!!! Ada pulak junpa anak dia cuma 0.5cm je besarnya yg sukar utk dikesan jika tak teliti periksa daun daun tu. Kalu daun kuning saya siram je dgn Epsom Salt mcm En. Is sarankan. Daun akan bertukar jadi hijau dan segar. Rajin rajinlah selak balik posting posting yg lama dari En. Is ni...byk info yg amat berguna utk diamalkan. Kredit utk En. Is!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak faham tentang cara siraman. Adakah siram macam biasa kita siram air atau siram jangan kena daun atau batang?

      Daun berlubang saya dah jumpa. Ulat beluncas hijau sama warna dengan daun, tak tengok betul-betul memang tak perasan.

      Padam
  3. saya tgk jiran saya yang warga emas ni tanam benih dahlia, cara dia:

    tanah biasa jer, dia ambik tanah tepi jalan, tanah jenis macam kelabu hitam, sbb katanya tanah ni cepat meresap air dan tak menakung air

    semai dgn tabur biji benih tu atas tanah , bukan ditanam kedalam tanah

    benih ni unpredictable, sama ada yang dibeli dalam paket atau yang diambil secara terus dari pokok, tak semua menjadi, macam pisang dalam seikat sebiji mesti tak cantik sangat, cam tu lah perumpamaannya

    semai banyak2 dalam satu pasu menghala ke arah matahari terbit, pokok ni nak cahaya matahari secukupnya.

    siram pagi dan petang

    jgn lupa bercakap2 dan membelai-belai pokok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dah bukan rezeki saya kan semua benih tanam tak menjadi. Lain kali nak tukar cara semaian pula.

      Padam
    2. Kebiasaannya bila semai tak menjadi, pH tanah tak sesuai, tanah lembap kemudian kering sebelum sempat benih serap air secukupnnya,jadi embrio tak dapat nak pecahkan kulit benih, suhu tak kena, atau benih tak bernas.

      Ada benih yang nak gelap ketika bercambah, ada nak cahaya.

      Padam
  4. benih matahari dari en is... Alhamdulillah.... bercambah shgga bberapa keturunan...

    BalasPadam