Asalamualaikum En. Is, ada beberapa pertanyaan..
1. Sayur sawi bunga saya tak berapa besar, daun dalam besar sikit dari kepala sudu jer, lepas 3 minggu saya transfer ke dalam pasu, saya guna tanah growing mix, bagi baja nitrogen seminggu sekali, letak air basuhan ikan/udang, letak baja tahi ayam, full sun every morning, makhluk perosak kat daun kat tanah pon takder.. misterinyer, sebelum ni pokok sawi bunga yang lain okay jer ....
2. Saya beli benih morning glory dalam pack, kat jusco so far tumbuh cantik jer , tapi bunganya tak der .. sedihnyer ...kat nurseri cantik jer keluar bunga, orang kat nurseri bagitau saya utk letak baja bunga, dah bagi baja bunga pon tak der bunga jugak , daun jer cantik walaupon tak besar mana. saya ada search online, website omputih, dorang cakap morning glory tak boleh letak baja, ianya sejenis pokok terbiar, kalau letak baja, "dia" rasa terancam dan tak keluarkan bunga. boleh en. is explain apa yang saya tak tau, sbb saya tgk morning glory en. is cantik jer bunganyer...
3. Bunga telang saya dah tumbuh dalam 10 inci, bila berbunganya yer? tak sabor hehehe
Sekian.
--------------------------------
Waalaikum salam,
Saya jawab ikut nombor soalan. :)
1. Kalau lepas 3 minggu tiada pertumbuhan yang pesat, memang ada silap. Mungkin akar yang cedera ketika dialih gagal untuk pulih. Kemungkinan akar tak terima cukup oksigen. Alih semula semaian, kali ini guna growmix atau tanah campur, jangan mampatkan tanah dan jangan letak baja dulu. Bila pokok dah settle dan pertumbuhan mula galak baru letak baja.
2. Yang ini sah terlebih baja. Pokok hanya berbunga bila rasa tergugat. Tujuan bunga dihasilkan ialah untuk menghasilkan biji benih untuk tujuan survival species berkenaan. Kalau cukup makan buat apa susah-susah membiak. Kurangkan baja nitro, kurangkan air, pokok rasa tak lama hidup, ia akan mula berbunga sebab nak hasilkan biji benih.
3. Dalam 10 hingga 12 minggu selepas semai. Sama juga, kurangkan baja nitro.
xder respon pon pertanyaan saya nih?
BalasPadamSaya kedepankan semula. :)
Padamlavendernovella, saya punya sawi pun sama. dr byk byk sawi yg saya semai tinggal beberapa pokok aje yg jadi. Dua bulan lebih gak last last tinggal satu aje yg survive. Yg itu pun sebab saya alihkan letak dlm pasu and bagi kena matahari. Mcm mcm baja da diletakkan. Mmang cemburu la tengok kwn kwn lain punya sawi. Dah semai batch baru. Harap harap menjadi la lepas ni.
BalasPadamSawi kalau tak membesar boleh dipulihkan kembali dengan mengalih semaian. Jika lepas alih tiada perubahan, boleh alih lagi.
Padamowh..patutla sawi lynn keding.. sbb tak dialihkan..
BalasPadamlynnhelite, saya ada tulis buku tentang faedah mengalih tanaman (semaian dalam bekas atau ditapak semaian). Seronok mengarang tak perasan sampai 100 muka surat lebih. Sekarang dalam proses editing. Nak pendekkan ke 40 ms sahaja supaya sesuai untuk format ebook. Buku Kucing Sahabat Taman akan keluar tak lama lagi. Proses meyunting dan ilustrasi dah selesai.
Padam