Salam sejahtera. Pokok Cili Padi saya memang sihat dan tumbuh dengan pesat. Daun dan bunganya sangat lebat dan kelihatan elok sekali. Namun, yang pelik, walaupun pokok itu sudah banyak berbunga sejak lebih sebulan, tak pernah ada satu cili yang terbentuk atau kelihatan. Bila bunga gugur, tinggal sesuatu seperti jarum, tapi benda itu akan hilang selepas sedikit masa tanpa membentuk bunga.
Tuan tahu tak apa mungkin punca ini? Adakah pokok cili padi memerlukan pendebungaan dilakukan oleh serangga tertentu sahaja, barulah buah akan terbentuk? Saya tak pernah menggunakan racun berhampiran pokok sayur saya, dan pokok lain, seperti kacang panjang renek, bendi, timun dan lain lain tumbuh dan berbuah dengan elok.
Terima kasih
--------------
Ada banyak kemungkinan.
1. Pokok tidak mendapat nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk membentuk buah. Ini mungkin disebabkan oleh nutrien tersebut tiada dalam tanah atau medium yang digunakan, pH tak kena menyebabkan nutrien gagal serap, atau akar rosak menyebabkan nutrien yang diperlukan tidak dapat diserap.
Tumbuhan perlukan phosphorus dan boron untuk pembentukan buah. Kebiaannya bahan ini ada dalam tanah. Bgaimanapun jika akar rosak (pernah kekeringan) atau tanah terlalu beralkali atau berasid, bahan tersebut gagal diserap. Cuba dengan membaja menggunakan baja yang khas untuk bunga dan buah. Uji pH tanah. Jika terlalu berasid, tambah kapur. Jika terlalu beralkali, tambah sulphur. Laraskan supaya pH berada antara 5.5 hingga 6.5.
2. Bunga gagal didebunga. Setahu saya, bunga cili adalah hermaphrodite, iaitu ada debunga dan ovum dalam bunga yang sama. Jika tiada serangga pendebunga, pendebungaan boleh berlaku dengan kehadiran angin.
Jika tiada aliran angin, pokok boleh didebunga secara manual. Gunakan putik kapas, sentuh bahagian debunga, kemudian sentuh bahagian stigma, iaitu bahagian yang bersambung dengan ovum.
Cili saya pun berbunga x berbuah. Tapi lepas hand pollinate baru nk berbuah elok.
BalasPadamhow to hand pollinate? kalau timun tu blh nampak beza male & female tp bunga cili kan kecil... lynn dgr even tomato pun blh hand pollinated, tp dont know how
PadamCili n tomato jantan betina in the same flower. Sentuh kat kelopak then sentuh pulak kt yg tgh tu. Ce gugle
PadamYa betul tu. Bunga cili ada dua-dua bahagian iatu jantan (debunga) dan betina (yang menjadi buah).
Padamtak pernah lagi buat hand pollinate utk cili dan tomato... so far alhamdulillah... ok je... baja pun main peranan juga kan... kena bagi baja buah supaya buah boleh lekat kuat... guna baja NPK yg P dia yg lebih sikit...
BalasPadamYa, saya setuju dengan ejaMaria. Bagaimanapun ada tempat yang sememangnya tiada serangga pendebunga, dan tiada aliran udara yang elok. Bila dalam keadaan sedemikian, pendebungaan secara manual dapat membantu.
PadamTentang baja yang disyorkan oleh ejaMaria, memang tepat. :)
salam semua..
BalasPadamboleh tunjuk gambar tak atau lukiskan cara manual tu, macam mana? gunakan putik kapas? sentuh bahagian debunga? dan kemudian sentuh bahagian stigma? maaf saya budak baru belajar minta tunjuk ajar...
nak tanya pokok cili merah tumbuh elok je dan berbunga tapi masaalah nya buah iaitu cili nya x kelihatan tumbuh lagi....dah hampir 5 bulan masih x berbuah hanya bungajw banyak...mengapa ye...saya hampir nak cabut je pokok cili itu.
BalasPadamNk tanye jugak...cili saya pn berbunga tak putus..tapi buah x nampak..kelopak jatuh pn xtahu kemane.rasenye satu pokok yer yg ada buah
BalasPadam