Selasa, 26 Mac 2013

Soalan Pegunjung -- Buah Bendi Keras

Salam En Is,
Bendi yang saya tanam berbuah. Tapi buahnya liat, tak dapat makan.  Kenapa ya?  Saya tanam guna benih pasaraya.

-------------

Waalaikum salam,
Benih pasaraya pun ok juga asalkan bernas.  Memang ada banyak jenis bendi, rasa saiz dan rupa ikut baka.  Kebiasaannya buah yang lewat dituai atau pokok kurang air atau telah tercedera berserat sedikit. 

Untuk dapatkan buah yang rangup, saya tuai selepas 4 hari bunga bendi mekar.  Pokoknya pula tidak dibiarkan kering.

Mungkin rakan-rakan ada cara lain untuk dapatkan buah yang rangup. Boleh kongsi di sini.

3 ulasan:

  1. Mengikut pengalaman saya, mungkin kerana buah itu sudah masuk tempoh lewat matang. Mungkin boleh tuai awal ketika buah matang. Lain varieti bendi, lain tempoh buah matang. Ini kena ikut pengalaman tuan pekebun sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju. Untuk kita yang tanam untuk makan sendiri, tak perlu tunggu buah besar. Buah bendi lebih enak dimakan ketika buah masih muda.

      Selain dari benih op, benih bendi singa, dan bendi emas, saya ada simpan satu lagi kultivar yang mnghasilkan buah yang lebut. Ia mempunyai tekstur berlainan dari bendi emas. Ia akan diedarkan tidak lama lagi. Untuk peminat bendi, jangan ketinggalan. :)

      Padam
  2. bendi muda kurang lendir dan lebih sedap. Biasanya sy tuai ketika masih kecil < 4 hari.

    BalasPadam