 |
Pokok Timun berbunga. |
Kebiasaannya, selepas 3 minggu disemai, pokok timun akan menghasilkan bunga. Bunga sulung kebiasaannya adalah bunga jantan yang tidak akan membentuk buah. Bunga ini seperti 'signal' untuk memanggil serangga pendebunga. Selepas seketika barulah bunga betina dihasilkan. Ketika itu juga bunga jantan akan mekar dan serangga pendebunga telah sedia untuk menjalankan tugasnya.
Jika tiada serangga pendebunga, pendebungaan boleh dilakukan secara manual. Ada pokok timun yang akan menghasilkan buah pahit jika benih disenyawa. Ia tetap akan membentuk buah jika bunga betina tidak disenyawa, tetapi benihnya tidak bernas. Untuk timun dari baka sebegini, kutip buang bunga jantan supaya buah yang dihasilkan tidak merasa pahit.
Pokok ini tuan tanam secara memanjat atau melata di tanah?
BalasPadamDalam kotak gabus. Saya biar ia merayap tanpa pancang sebab dari pengalaman yang lepas hasilnya lebih elok berbanding guna pancang.
PadamMACAMNE NK KENAL PASTI POKOK TIMUN TU JENIS YG DIBIAR SENYAWA ATAU DIBUANG BUNGA JANTAN NYE...SUPAYA TAK PAHIT
BalasPadamBiasanya ada dinyatakan. Secara asasnya, jenis indoor boleh buang. Jenis outdoor tak boleh buang.
PadamPanduan yang saya gunakan, kalau jenis yang isinya pahit, boleh buang.
Pokok timun saya bbunga lebat tapi 1 pokok hanya ada 1 buah yg mbesar... Yang lain akan gugur... Adakah bunga timun saya kena senyawa n bila waktu yg sesuai utk senyawa... pagi or ptg... tq...
BalasPadamPokok yang sedang berbunga dan berbuah perlukan air yang banyak. Jika air cukup hanya untuk 1 biji, pokok akan gugurkan bunga seterusnya.
PadamJika ingin debungakan bunga betina seeloknya dilakukan sebelah pagi. Sebab bunga gugur sebelah petang.
1 bekas gabus seeloknya boleh tanam berapa pohon timun ?
BalasPadamSaya tanam satu pokok tiun dalam satu gabus.
PadamSalam,saya nak bertanya, berapa biji timun dapat dihasilkan pada satu pokok timun..terima kasih
BalasPadamSaya tak psti. Dalam satu masa 1 saya biarkan dalam 10 biji jika jenis kecil. Jenis besar saya biarkan 3 hingga 5 biji sahaja.
BalasPadamJumlah keseluruhan bagi setiap pokok sepanjang hayatnya, saya tak pasti kerana pokok yang saya tanam tak hidup lama, biasanya lepas 3 batch buah pokok mati.