Ramai yang "tidak gemar" menanam labu manis kerana ia menjalar dan memerlukan ruang yang banyak. Sebenarnya tidak semua labu bersifat begini. Labu manis Venus misalnya, amat cepat berbunga. Apabila pokok mencecah 1 kaki (30 cm), putik bunga mula tumbuh. Bunga pertama akan mekar apabila pokok mencecah 1.5 kaki (45 cm).
Pokok ini sesuai ditanam dalam pasu dan boleh dijadikan hiasan. Pastikan tanah diperkaya dengan organik atau baja bunga dan siram air yang secukupnya. Anda boleh tuai bunga jantan untuk dibuat salad.
Benih labu manis Venus tidak dijual berasingan. Ia hanya dijual bersama set eksotik labu manis. Sda beberapa jenis lagi labu manis yang disertakan dalam set tersebut. Jangan ketinggalan.
Betul tu tuan, labu venus cepat berbunga dan bunganya rapat2, cantik.Labu venus saya dah berbuah, lembut warnanya.
BalasPadamWah beruntungnya. Labu yang saya tanam baru belajar berbunga.
PadamAdakah bunga pumpkin juga boleh di makan En?
BalasPadamYa, kelopaknya. Tapi periksa dulu bimbang ada pest di dalamnya. Anak peremuan saya, Puteri gemar makan begitu aja.
PadamSebab hari tu buat pengat pumpkin ...dan campak aje biji dia di luar rumah...banyak yang di bawa lari oleh semut, tetapi dah ada dua anak yang tumbuh....hairannya, yang saya semai dalam pasu tak tumbuh-tumbuh. Rezki campak agaknya.
BalasPadamMungkin kaedah campak lebih sesuai dengan Dr H. Macam ayah saya juga. Bila saya semai elok-elok dia komen, bila nak selesai kalau macam ni. Saya suruh dia tunjukkan. Habis satu sekas dia tabur. Lepas tu ayam datang kutip. Mujur ada sebahagian yang menjadi. :)
Padamhe he tambah pasal rezki campak; benih lada solok yang dibeli tak tumbuh, beli lado solok kat pasar, benih dia saya campak-campak, "beriyok" keluar, tak teralih pula.
BalasPadamHe he. Macam tu pula. Semai guna medium apa?
Padamambil tanah tempat saya campak biji labu juga, sebab dah baca fasal tanam hitam yang agak asidik.
PadamAssalamualaikum En.Is ,saye nak tanye sikit ni,ade tak lagi benih cili trinidad moruga scorpion?
BalasPadamYa, benih tersebut masih ada. Hanya ada 3 pek sahaja lagi.
Padamsalam.. en.is, ada tak lg set eksotik labu manis? klu ad nk 1 set.. nk bg kt abah.. wat tanam kt kebun =)
BalasPadamYa, set labu manis masih ada.
Padamsimpankn sy 1set ye en.is.. dh byr nnt sy bgtau. bnh hr tu dh smpai, dh semai pn ckit. syukur, ad 1 pkok tomato yg b'cmbah =) tq
PadamOk. Saya pun baru nak semai semula benih tomato. Tomato king kong baru nak disemai. Tak sabar rasanya nak tengok pokok merimbun. Depan rumah dah mula penuh rumpai. Akhir2 ni berkebun awal pagi sahaja, cuaca panas terik.
Padambetul tu. cuaca pns terik.. hr tu tgl kn umah 1 hr je, abis smua pokok ulam & bendi sy lecur..layu, pd hal sy dh siapkn self watering. tp xbleh nk lwn thp kepanasan. blk terus mandikn pokok. nk ngis rsenye tgk pokok dh nyawa2 ikan. syukur, msih sempat diselamatkan..
PadamTomato kingkong dengan kaedah topsy turvy. Pasti menarik :)
BalasPadam