Saya akui ada pesanan yang tercicir. Biasanya apabila menyedari kiriman tercicir, saya akan kirim melalui poslaju dengan kadar yang segera. Lazimnya kiriman tercicir akibat sampul tercicir, maklumat pesanan hilang ketika mengalih data menggunakan mobile, atau pesanan masuk spambox. Kebiasaannya, apabila pesanan diterima saya akan respond dengan ucapan "terima kasih". Jika pesanan melalui poslaju, saya akan beri no trekking jika borang poslaju ada di tangan. Jika tiada respond, elok hubungi semula melalui sms.
Ada juga beberapa kes kiriman tidak diterima kerana alamat penerima yang diberi salah. Biasanya saya akan terima semula kiriman tersebut (dikembalikan oleh pihak pos malaysia). Ada juga kes benih yang dikembalikan tinggal sampul sahaja angkara orang sekeliling. Ada juga penerima menerima kiriman tanpa benih. Selepas diperhati, benih hilang angkara tikus atau jiran. Benih hilang biasanya berlaku bila kiriman dikirim ke sekolah, universiti, kawasan flat atau kampung yang surat ditinggal pada satu tempat, misalnya di kedai runcit di kampung penerima.
Walau apapun, kiriman yang tidak diterima akan dikirim semua tanpa sangsi. Saya percaya orang yang minat menanam adalah orang yang jujur. Ini janji saya dan saya akan tepatinya selagi mampu. Rakan-rakan dari tempat yang peluang kiriman untuk hilang tinggi, saya syorkan kiriman melalui poslaju. Walaupun kiriman mengikut queue dan kadangkala masa yang diambil untuk kirim lama, kiriman yang dikirim ada rekod. Biasanya rakan yang pesan melalui posbiasa hilang beberapa kali, apabila dikirim melalui poslaju, kiriman tiba dengan selamat.
Biasanya kiriman diterima dalam masa 2 minggu. Namun begitu ada masanya saya kirim lambat kerana menerima pesanan yang banyak. Saya hanya mampu mengisi 30 pesanan sehari. Selebihnya akan dibawa ke hari berikutnya. Sekiranya tidak menerima respons dari saya, jangan segan untuk hubungi saya. SMS boleh dikirim ke no 0172889364. No ini saya tak boleh terima panggilan kerana microphone telephone rosak. Saya tak dapat tukar hp kerana data yang ada di dalamnya tidak dapat dialih. Untuk buat panggilan, gunakan no 0175009364.
Saya percaya pihak pos malaysia menjalankan kerja dengan sebaik mungkin. Bagaimanapun ada juga surat yang tersasar dan penerima hanya menerima kiriman selepas 3 bulan. Cuma saya agak kecewa dengan perkhidmatan sebelum tahun baru cina. Banyak dari kiriman yang saya buat tidak diterima. Saya hairan dan terfikir juga apa sebenarnya yang berlaku. Ini menyebabkan saya dan pemesan benih menjadi tidak seronok.
![]() |
Pek kiriman benih ini diterima selepas 3 bulan dikirim melalui pos malaysia. |
Ketika membuat pesanan, sila nyatakan maklumat dengan jelas. Selepas membuat bayaran, kirim maklumat melalui emel atau sms. Sila nyatakan maklumat dalam satu kiriman. Maklumat yang saya cari ialah nama, alamat, (no hp atau emel, jika pesanan melalui poslaju), benih yang dipesan serta bilangannya, serta maklumat bayaran.
Jika pesanan dibuat melalui saluran yang berbeza, ia hanya mengelirukan kami dan masa yang digunakan sepatutnya dapat dimanfaatkan dengan memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Misalnya, jangan pesan melalui ulasan dalam posting, notis bayaran melalui emel dan nama serta alamat melalui sms. Susah saya mencari maklumat tersebut. Banyak masa terbuang. :(
Rakan-rakan boleh pesan melalui ulasan, tapi bila dah buat bayaran, kirim semula semua maklumat yang berkait dalam satu utusan emel atau sms.
sekadar pendapat...sebolehnya en.is inform customer samaada seeds mereka telah dipos atau tidak..boleh mereka agak bila seeds akan sampai...
BalasPadamkalau tak inform, kita customer ni bagai menunggu buah yang entah bila nk gugur...
dan juga kalau boleh en.is inform juga customer samada dh terima bayaran or tidak..kita ni tertanya2 en.is ni dh dapat ke bayaran?dh pos ke belum? dh email, msg tp xde respond..supposed ad 2 way communication la antara en.is & customers
just my 2cents..
InsyaAllah akan diusahakan. Kebiasaannya bila terima pesanan saya respond. Kalau tiada respond, maksudnya saya tidak terima utusan tersebut. Yang saya perasan bila guna mobile. Utusan balasan kadang-kadang tidak diterima customer walaupun telah dijawab. Bila saya jawab guna laptop tiada masalah.
PadamRasanya pos laju plg selamat, cepat dan mudah utk monitor. Pd pandangan peribadi sy rakan2 kat sini mungkin tak keberatan utk top up sikit utk byrn pos laju berdasarkan faktor2 tersebut.
BalasPadamSaya pun setuju. Tapi ada rakan yang menghadapi masalah untuk ambil kiriman di pejabat pos bila tiada orang di rumah untuk ambil kiriman. Itu satu dari sebab kiriman melalui pos biasa dipilih.
Padamkiriman sy "pesanan benih 1" sudah sampai 2 hari lepas, selepas 2 minggu order pada 11/3. T kasih. Memang sudah jangka sebab order yg lepas-lepas juga dlm lingkungan 2 minggu. Sedang menunggu "pesanan benih 2".
BalasPadamUtk pengetahuan En Iskandar, satu order sebelum ini tidak jugak sampai w/pun sudah dimaklumkan pada En Iskandar/diposkan 2 kali. Sy segan nak beritahu kali ketiga. Rasenya tuan sudah ambil tindakan yg sewajarnya mengepos kali ke-2