Gmbar menunjukkan gambar kiriman Hamim menunjukkan anak pokok labu manis yang masih dalam bekas semaian telah berbunga. Ini berlaku kerana akhir-akhir ini suhu terlalu tinggi. Pemilik cambahan pula telah keluar bercuti meninggalkan cambahan tanpa disiram. Apabila kembali daripada percutian, didapati anak labu manis telah berbunga.
Bunga yang dihasilkan ialah bunga jantan, yang tidak menjadi buah. Di peringkat awal pokok belajar berbunga, biasanya bunga jantan dihasilkan dulu. Bunga tersebut boleh dipetik. Kelopak bunga labu enak dimakan sebagai salad. :)
![]() |
Anak pokok labu berbunga awal, belum sempat dialih. Gambar milik Hamim. |
sama macam pokok timun saya. tak sampai sedepa lagi tinggi pokoknya, dah berbunga. bila periksa, ianya bunga jantan. mungkin sebab cuaca terlalu panas dan saya cuma harapkan air hujan yang ciput je. hehehhe... kena rajin siram pokok la macam ni..
BalasPadam