Cili padi dah mula ranum. Kalau melihatkan warnanya yang terang, memang padan bila ada yang memanggilnya cili api. Warna dan kehangatannya... jangan pula ada anak kecil termamah. Naya. Oh ya, benih cili padi pun ada dijual. Saya tak perasan ia tak tersenarai dalam Benih Untuk Dijual. Patutlah jumlah jualan cili padi kurang laris berbanding cili lain, ia tiada dalam senarai. :(
Merah mengancam...sedapnya dimakan dgn cencaluk.
BalasPadamAda x benih cili api...yg biasa dicampur dlm masakan tomyam tu? Sy pernah beli anak pokok cili api dr nursery...sekali berbunga mmg banyak tapi x tahan....belum sempat jd buah dah gugur semuanya.
Ape petua untuk cili lebat berbuah tuan ?
BalasPadamrupanya ada pula cili padi.. :)
BalasPadamsentebale-hk, biasanya buah luruh kerana pokok kehausan ketika berbunga. Pastikan tanah tidak terlalu kering sebelum menyiram. Siram dengan air tak banyak tak mengapa, tapi lebih kerap.
BalasPadamChe Naim Che Mat, gunakan baja bunga, atau baja organik. Ketika pokok berbunga, jangan biarkan pokok kekeringan dalam masa yang lama. Cahaya biar cukup.
BalasPadamLepas tuai buah yang ranum, pangkah ranting supaya tunas baru tumbuh. Ketika itu baja dengan baja organik atau baja nitro.
Baja organik, tapi saya tanya orang tua cakap baja tinja ayam 'bisa' boleh buatkan pokok lada tak berbuah.
PadamItu kerana guna tinja ayam yang fresh -- terlebih nitro. Baja organik yang dijual dalam bentuk pellet lebih sesuai digunakan.
PadamNach Amethyst, saya ada simpan benih beberapa jenis cili padi. Saya tak perasa ia tidak tersenarai dalam pautan "Benih untuk dijual".
BalasPadamHehehe..En.Is tk perasan rupanya selama ni. Since sy lawati blog ni utk memilih benih2 mmg perasan tk de senarai cili padi..Sangkanya En.Is tk menjualnya..
BalasPadamInsyaAllah saya akan masukkan. Buat masa ini isi psanan yang masih banyak tertunggak dulu.
Padam