Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 19 Mac 2013

Benih Kongsi, Cukup Ker?

Ada yang sms tanya, betul ker saya edarkan sebanyak itu benih kongsi setiap bulan?  Dan dia tanya, siapa yang funding?

Ya, saya edar sebanyak itu.  Siapa yang funding?  Saya dan rakan-rakan semua.  Apabila membeli benih dari kami, sebahagiannya dibelanjakan semula dalam bentuk setem, plastic bubble, glue, dan sejumlah besarnya benih dan setem.  Jadi apabila saya tawarkan benih kongsi, jangan segan-segan untuk minta.  Niat saya, setiap orang berpeluang cuba cuba home gardening.  No catch. Really really.

Benih yang sedia untuk dikongsi.

15 ulasan:

  1. Jazakallah tuan. Tak apakan saya promosi post benih kongsi tuan di teman Facebook saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh. Cuma nyatakan ia benih diedarkan melalui tanamsendiri.com. Tujuannya supaya lebih ramai berkunjung, lebih banyak ilmu dapat disebarkan. Sasaran saya, membakar minat berkebun secara hobi seramai mungkin. Bumi yang hijau adalah bumi yang selamat.

      Padam
    2. Saya terus letak pautan ke sini http://www.tanamsendiri.com/search/label/benih%20untuk%20dijual

      Lebih cepat dan padat. Ada beberapa komen kata tak yakin nak beli sebab tak tahu rupa benih yang dijual atau dikongsikan. Harap tuan boleh ambil maklum tentang ini.

      Padam
    3. 依之汉, mungkin persembahan saya kurang jelas. InsyaAllah akan diusahakan.

      Padam
  2. Salam ... En iskandar ..
    Benihnya sudah sampai.
    Saya nak tanya ...benih kongsi yang encik berikan pada saya tu pokok apa...

    Terima kasih.
    Roslina salleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samada sawi lima bintang atau bayam daun panjang. Saya rasa ada tulis pada labelnya. Saya tak pasti yang mana satu.

      Padam
  3. salam tuan,
    nak benih kongsi ni.Kirimkan bersama benih kumquart, cili marble dan gel penggalak akar, boleh?
    Terimakasih tuan.Beritahulah semua pengurusannya.

    BalasPadam
  4. Tahniah dan terima kasih tuan :)..

    Kami doakan tuan sekeluarga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t untuk terua mencurahkan ilmu mengenai pertanian ini.. In shaa Allah..

    Terima kasih :)

    BalasPadam
  5. Lynn doakan Tuan sekeluarga terus murah rezeki. Segalanya bermula di sini.. dulu tak pernah terfikir nak kotorkan diri dgn tanah, dan kurangnya bahan rujukan bg org2 baru. Lynn jumpa blog ni secara kebetulan, terus addicted to it! Kebanyakan hasil tanaman Lynn adalah dr Tuan dan Diana (itu jer yg bleh beli kecil-kecilan jadi amat jimat. Tu kebun di Fraser Hill tu dgn bangganya benih tu dr Tuan. Hasilnya boleh tahan tp belum sampai tahap komercial lah. Cuma terkilan dgn kebun Abah di Narathiwat yg dilanda bah besar baru2 nih.. habis kesemuanya

    BalasPadam
  6. jazakallahi khairan! seperi lynn....segala tentang kebun bermulanya di tanamsendiri.com.

    BalasPadam
  7. blog berkebun berbahasa melayu yang bermaklumat... blog tanamsediri.com juga telah mendorong saya berkebun di rumah seterusnya menjadi salah seorang blogger tanaman... terima kasih tuan is dan krew tanamsendiri.

    BalasPadam
  8. Salam en. Is..
    nk tanya benih apa ye yg ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sawi menang. Ada 250 jenis benih yang Ila boleh pilih dengan harganya RM2 satu pek. Lihat senarai pada panel kanan.

      Padam
  9. Salam En Is,
    Terima kasih atas kiriman benih kongsi. Saya dok baca byk2 blog entry tak perasan pulak pasal benih kongsi :-)
    Semoga En Is sekeluarga sentiasa dimurahkan rezki. Saya mmg dok war-warkan kepada teman2 tentang berkebun ni, dan juga blog www.tanamsendiri.com ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Terima kasih kerana manfaatkan blog ini serta menghebahkannya kepada teman teman.

      Padam