Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 27 Mac 2013

Balik Kampung, Pesanan 27 Mac hingga 31 Mac Diproses 1 April

Hari ini kami akan balik kampung sempena cuti sekolah.  Pesanan hingga 26 Mac telah dikirim.  Untuk pesanan 27 Mac hingga 31 Mac akan diproses pada 1 April.  Pesanan tersebut akan menerima benih kongsi bulan April iaitu Timun Kampung.  Timun batang ini kukuh dan cepat berbuah.  Walaupun ia pokok jenis memanjat, anda boleh tanam dalam kotak gabus atau pasu besar dan biarkan ia merayap tanpa pancang.  Jika dikerat pucuk utama apabila dah ada 7 helai daun matang, ia merimbun dengan tumbuh tunas sisi dan amat cantiuk.  Anda boleh simpan buah hingga matang dan buat benih sendiri.  Timun kalau kena caranya boleh juga jadi pokok hiasan.

Happy Gardening


11 ulasan:

  1. Selamat bercuti Tuan... selamat pegi, selamat balik.

    BalasPadam
  2. kampung en iskandar kat mana pulak. kalau dekat bolehlah saya turun 'berguru'. ;-)

    BalasPadam
  3. Selamat Bercuti Tuan.. Semoga selamat perjalanan pergi & pulang..


    P/s : Jangan lupa kirim salam saya pada orang² Terengganu.. Lama doh dok balik Ganung... Huhuhu.. :)

    BalasPadam
  4. Jangan lupa keropok losong. Keropok lekor. :)

    BalasPadam
  5. AsSalam, selamat bercuti En.Is & keluarga. Selamat beristirehat di kg. Semoga selamat sampai ke destinasi, &selamat pulang ke rumah utk next tips & info @ Tanam Sendiri :)

    BalasPadam
  6. Terima kasih semua. Balik kampung kali ini dapat beberapa benih baru. Antara benih yang diperolehi termasuk dua jenis cili burung, cili hijau pedas (cili jeruk), terung panjang tangkai purple, mamam, terung coco 2, dan peria panjang.

    Di rumah, benih berikut sedia untuk dijual; tomato ceri panjang, cili tanglung, betik F1, lobak putih ungu, bendi buah lebat kulit licin dan beberapa benih eksotik lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak nye benih baru.. Boleh booking nih :)..

      Padam
    2. Sambil sambil rehat, tak boleh tahan. Cari benih juga.

      Padam
  7. xsabar nk tunggu posting benih2 yang baru :)

    BalasPadam