Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 28 Februari 2013

Ulasan Rakan Tanamsendiri -- Ogy Atan Tentang Kaedah Menanam Cili

Posting asal 19/02/13
Hari ini, ulasan yang menarik adalah dari Ogy Atan tentang kaedah menanam cili.  Saya pernah baca tentang penanaman secara tertonggeng menggunakan kaedah yang dipatenkan iaitu Topsy Turvy ® dan pernah mencubanya ketika menanam tomato ceri.  Menarik.  Berikut adalah ulasan Ogy Atan.  Jika Ogy Atan dapat kirimkan gambar, mungkin rakan-rakan dapat idea bagaimana kaedah ini dilakukan.
-----------------------------

Saya belum bernasib baik tanam cili atas tanah. Pokok gagal berbuah tapi bunga lebat! Buah lekat cuma sebiji, yang lain putik bunga kuning selepas itu gugur. Ada satu pokok cili padi yg saya tanam secara tertonggeng pula sedang berbuah lebat. Saya tengok kalau tanam cara ni tak ada langsung serangga perosak datang kacau.  Jadi nampaknya next projek tanam cili cara terbalik lebih serasi dengan saya. Apa apa pun kita hanya mampu merancang Allah juga yang menentukan.

-----------------------------
Cili ditanam secara tertonggeng.  Gambar milik Ogy Atan ([email protected])

18 ulasan:

  1. Mulanya cili kulai saya pon byk bunga kurang buah. Lepas tu saya buat hand pollinate sbb pollinator agent kebun saya mmg xde sgt. Alhamdulillah...cili kulai saya mula menampakkan hasil yg byk. Rasa x termakan sudah. Syukur. Dpt juga buah2 pahala bg rakan office.

    BalasPadam
  2. Cara tanaman tonggeng ini agak pelik untuk diamalkan. Saya pernah dengar orang tua-tua kata tak elok tanam pokok terbalik macam cucuk batang ubi terbalik. Apa pendapat en. Is?

    BalasPadam
  3. Upside down memang menjadi; cuma malas nak tebuk DIY aje...bila lawan graviti, akar akan menguatkan diri masing2, untuk tomato lagi lah baik, boleh campak aje kulit telur untuk sumber calcium ke dalam...kalau campak ke dalam pasu penanaman secara konventional, alamat esok habis pokok tunggang terbalik sebab ada haiwan yang datang selongkar. Saya tutup lubang atas bekas, supaya air hujan tidak membanjiri bekas dan drip ke bawah pokok, mendedahkan kepada fungi dan bakteria perosak.

    BalasPadam
  4. Gambar sudah dihntr pada En. Is tadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada ralat ketika imej dihantar. Saya belum menerimanya.

      Padam
  5. Gambar sudah dihntr sebentr tadi. Cuba chk gmail. Moga2 dpt kali ni.

    BalasPadam
  6. saya tak faham mcm mana cara pollinator agent dan hand pollinate?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada tgk kat youtube tentang polinate ni yang mmg sebelum hampeh tak paham, tak boleh nak imagine pon, so ikut kefahaman sayalah, kalau salah tolong en. is betolkan yer..

      pollinator agent - selalunya haiwan macam serangga, seperti lebah, rama2, dsb, termasuk juga angin, serbuk debunga selalunya akan melekat pada serangga contoh lebah hisap madu dari satu bunga ke bunga yang lain.

      hand pollinate - debunga guna tangan, bunga jantan didebungakan dgn bunga betina, caranya , cari bunga jantan, kalau jauh dah bunga betina, petik je bunga jantan tu , pastu geselkan permukaan tgh bunga kepada permukaan tgh bunga betina... finish..

      betol ke en. is?

      Padam
    2. @lavendernovella
      Betul tu. Seperti namanya agen pendebungaan, pokok memerlukan agen untuk mendebungakan bunga mereka.

      Pendebungaan tangan adalah pendebungaan manual iaitu dengan kita sendiri yang mendebungakan pokok tersebut. Ini atas faktor kekurangan agen pendebungaan.

      Padam
  7. Tapi....Mcm mana nak kenal bunga jantan ke bunga betina..Orang yang buta bunga ni, bunga semua nampak sama je.hehe.
    Satu lg mcm mana nak galakkan pokok berbunga lebat. Cukup ke dgn baja organik aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah fungsinya Google.

      Bunga lebat guna baja organik mungkin tak cukup. Kena guna baja merah (12:12:17).

      Padam
    2. bunga jantan cantik , takder kembung pada stigmanya

      bunga betina kurang cantik dan ada sedikit kembung sikit kat stigmanya

      kalau salah tolong betolkan yer...

      Padam
  8. tp saya pulak mempunyai masalah daun yg sgt lbat dan besar(besar tapak tgn untuk pokok yg hanya baru tinggi 20cm),tp tk berbunga2jugak.. apa masalahnya ya?

    BalasPadam
  9. Adakah benih cili dmasukkan ke dlm lubang bwh pasu dan dibiarkan tumbuh sebelum pasu digantung? Saya berminat nak tanam mcm ni sbb dpt gantung pasu utk jimat ruang.

    BalasPadam
  10. Tak. Semai dlm bekas mcm biasa. Bila anak cili sebesar 5cm baru alihkan. Masa nilah kene korek perlahan lahan anak cili dan sedikit tanah, selitkan bhgn batang yg berdekatan dgn akar tu kecelah sponge yg telah dipotong kpd 2 bhgn. Sponge hendaklah nipis dn dipotong dibhgn tengah tapi jgn sampai putus. Sponge ini utk menahan tanah supaya tidak keluar melalui lubang yg ditebuk dibhgn bawah pasu. Masukkan bhgn pucuk ke dlm lubang pasu, masukkan tanah perlahan lahan dan gantung pasu. Pokok cili mesti dlm keadaan tertonggeng dibawah pasu

    BalasPadam
  11. Tak. Semai dlm bekas mcm biasa. Bila anak cili sebesar 5cm baru alihkan. Masa nilah kene korek perlahan lahan anak cili dan sedikit tanah, selitkan bhgn batang yg berdekatan dgn akar tu kecelah sponge yg telah dipotong kpd 2 bhgn. Sponge hendaklah nipis dn dipotong dibhgn tengah tapi jgn sampai putus. Sponge ini utk menahan tanah supaya tidak keluar melalui lubang yg ditebuk dibhgn bawah pasu. Masukkan bhgn pucuk ke dlm lubang pasu, masukkan tanah perlahan lahan dan gantung pasu. Pokok cili mesti dlm keadaan tertonggeng dibawah pasu

    BalasPadam
  12. Terima kasih. Saya akan cuba nanti. Saya juga pernah tanam cili yg lebat berbunga tapi buahnya lekat sebiji dua aje. Saya pangkas pokoknya kemudian biarkan sehingga terlupa yg pokok tu tak lekat buah. Ia tumbuh semula dan berbunga lagi tapi macam tu juga, bunga aje lebat, buah tak lekat. Mungkin benih yg satu ni tak elok sebab pokok2 cili saya yg lain berbunga dan berbuah lebat juga. Lagi satu, kalau pokok cili diserang sejenis semut yg suka bersarang pd pucuk & bunga cili sehingga pkknya tak subur, pangkas je biar ia tumbuh semula. Inilah yg saya lakukan pd pkk cili putih saya sebanyak 2 kali. Musim ketiga baru ia tumbuh semula dgn elok & berbuah lebat. Ada kawan yg beritahu saya pkk cili kena dipangkas batang utamanya supaya ia tumbuh lain & berbuah lebat. Cuma saya sayang nak kerat kalau pkknya tak bermasalah spt cili putih yg sepkk tu.

    BalasPadam